Sukan Kitani

Sukan Kitani
~KLIK~ Mempromosi Semua Kegiatan Sukan Negara Brunei Darussalam ~ KLIK~

Fes-Retro

Fes-Retro
One Stop Football Store

Sabtu, 4 Februari 2012

DPMM FC memulakan S Liga-Sebagai tuan rumah pada 12 Februari 2012


DPMM FC akan melayani kunjungan juara musim lepas, Tampines Rovers Singapura padaperlawanan pembukaan Ahad depan.Perlawanan akan berlangsung di Stadium Negara Hassanal Bolkiah.

DPMM FC juga akan hadapi pasukan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) FC dalam permainan mereka pada 19 Feb dan Albirex Niigata (Singapore) pada 11 Mac.

Perlawanan menentang SAF di Stadium Choa Chu Kang di Singapura akan menjadi satu tugasan sukar. Ini kerana, SAF adalah kelab paling berjaya dalam sejarah 16 tahun S-League selepas telah memendapat rekod lapan kali kejuaraan.

Lebih penting lagi, bagi peminat setia DPMM FC juga akan diingati bahawa mereka pernah menentang dengan SAF dimana DPMM FC memenangi Piala Liga Singapura pada tahun 2009, menjadikan mereka pasukan pertama asing untuk berbuat demikian.

Manakala perlawanan keempat DPMM FC akan melihat mereka menentang Geylang United FC selaku tuan rumah manakala ke lima mereka, bertemu Harimau Muda (skuad bawah 23 tahun pasukan kebangsaan Malaysia) di Stadium Jalan Besar di Singapura.

Harimau Muda adalah yang baru dalam liga tahun ini dan ini merupakan pertembungan bersejarah, kerana pertama kali antara kedua-dua bertembung.

S-Liga dimainkan dalam format tiga pusingan-(round robin), di mana setiap pasukan menghadapi tiga kali perlawanan dan dinobatkan sebagai juara setelah tamat pusingan ketiga liga.

Mengikut sejarah pertemuan pertama DPMM FC dengan Tampines pada 3 April 2009 berakhir dengan seri 1-1 di Stadium Jalan Besar di Singapura manakala kedua pada 10 Julai 2009 menyaksikan pasukan tuan rumah mencatat kemenangan 2-1 di tempat yang sama. Ketiga, yang merupakan perlawanan terakhir mereka sebelum mereka telah dipaksa keluar S-liga dengan hanya tinggal empat perlawanan dalam musim pertama mereka, adalah seri 2-2 di Stadium Nasional Hassanal Bolkiah di Berakas pada 29 Sept 2009.

Tiada ulasan: