Sukan Kitani

Sukan Kitani
~KLIK~ Mempromosi Semua Kegiatan Sukan Negara Brunei Darussalam ~ KLIK~

Fes-Retro

Fes-Retro
One Stop Football Store

Sabtu, 5 September 2009

Masjid Tertua Di Brunei & Masih Digunakan Hingga Kini



MASJID yang pertama dibina di Seria berlaku pada tahun 1938. Masjid ini dibina siatas usaha bersama penduduk yang berugama Islam dan pekerja-pekerja Islam Kompeni Minyak ( British Malayan Petroleum Company ringkasnya BMP) , yang diketuai oleh Malai Haji Besar bin Syed Ahamad, ketika itu bertugas sebagai Mandur. Masjid ini terletak berhampiran dengan bangunan Sekolah Lama Pekan Seria (sekarang Pejabat Bandaran).

Bentuk Masjid ini seperti rumah tangkup di atasnya ada tanda bulan sabit dan bintang. Dinding dan lantainya dari papan, atapnya dari kayau bulian . Tugas-tugas Imam ketika itu dijalankan oleh Imam Abang Zainuddin bin Abang Haji Abdul Rahim, manakala Bilalnya terdiri daripada penduduk-penduduk Pekan Seria.

Pada tahun 1953 csebuah Masjid yang kedua telah mula dibina oleh pekerja-pekerja British Malayan Petroleum (BMP) atau dikenalai sekarang sebagai Syarikat Minyak Brunei Shell Sendirian Berhad dengan anggaran perbelanjaan sebanyak $250.000.00. Masjid ini adalah di antara Masjid –masjid yang tercantik di negara ini ketika itu.

Masjid ini siap pada 19 September , 1954.Pihak British Malayan Petroleum Company telah menyerahkan kunci Masjid ke hadapan Masjid Kebawah duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Maulan Al-Sultan Sei Muda Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien ( Al-Marhum) oleh Mr.T.C Glanville, pengarah Urusan syarikat berkenaan. Masji d ini adalah sebagai tanda pengurniaan kepada masyarakat Islam bagi memperingati Hari Perpuspaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Maulana Al –Sultan Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan Brunei yang ke-28.

Masjis Penyerahan Kunci Masjid ini , diteruskan juga dengan majlis Pembukaan Rasmi Masjid tersebut yang disempurnakan oleh baginda Sultan sendiri.

Perkara- perkara yang menarik bagi Masjid ini ialah:

1.Ia mempunyai satu Kubah besar terletak di tengah-tengah banguana Masjid ini dan si atasnya terletak bulan sabit. Kubah-kubah yang agak kecil pula mengelilingi Kubah yang besar itu.
Konsep Kubah ini dibuat bagi melambangkan bahwa Rukun Iman (Kubah Besar) dan Rukun Islam ( Kubah Kecil ) tidak dapat dipisahkan walau apa keadaan pun yang berlaku.

2. Mimbar Masjid ini masih lagi digunakan sehingga sekarang, ia dilukis oleh Awang Haji Sahari dari British Malayan Petroleum Company , dan diukir di Hongkong.

Oleh kerana bilangan penduduk Islam si Seria semakin bertambah, maka Masjid Pekan Seria ini telah mengalami dua kali perubahan. Kali pertamadalam tahun 1970, ditambah disebelah kiri bangunan Masjid tersebut.Kali kedua dalam tahun 1982 , tambahan di sebelah belakang , siap pada tahun 1984. Majlis Kesyukuran Kpenambahan Masjid ini disempurnkan oleh Yang Berhoramt Pehin Orang Kaya Ratna Diraja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji Awang Mohd.Zain bin Haji Serudin, Mneteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Selipar tertulis bagaikan KALIMAH....



Mungkin dalam ketani inda sadar atau prihatin ketika membeli, perkara ani mungkin terjadi arah sesiapa. Contohnya kami, ketika membali selipar ani semasa perayaan, maklumlah, lampunya masa atu agak suram, teliat saja lawa usulnya, tarus tah dibali. Ganya baru baru ani tah teliat selipar atu usulnya macam ada tulisan jawi hampir sama dengan kalimah ALLAH.
So, pengajaranya, hati hati ketika membelinya. Selidiki dan pistar dulu sesuatu barang yang kan dibali atu. Kan dikomplen...inda lagi ingat kadainya atu.

p/s:Berhati-hatilah ketika membeli juadah berbuka atu....

Bejaur ke Brunei Grand Sale 2009 di Bandar





Selesai saja bersungkai diluar, kami bergerak menuju ke BGS 2009 yang terletak di berhadapan bangunan alat kebesaran diraja. Fikir siok tah barangnya ani...kali nya....kui kui kui kui.....

Kanak-kanak ganya iski bemain yang terdapat di sana...ada aladdin & jasmin....

Bersungkai Di Coffee Zone Kiulap




Ani kali kedua kami bersungkai diluar. Ku rasa makanan semasa sungkai ani hampir semuanya sama saja rasanya....Ganya yang istimewanya du Coffee Zone ani ada coklat macam fountain.
Kepada sesiapa kan mencuba...datang saja tah kesana...

Jumaat, 4 September 2009

KHEDN adakan Majlis Tahlil di Kubah Makam Diraja



1hb September 2009 - Selasa - Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Pehin Dato Seri Setia Haji Adanan Haji Mohd Yusof hari ini mengetuai rombongan Majlis Bertahlil di Kubah Makam Diraja di ibu kota.

Pehin Menteri bersama Timbalan Menteri Hal Ehwal dalam negeri serta Setiausaha Tetap Kementerian berserta timbalannya hadir ke majlis bertahlil bagi Almarhum Sultan Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Almarhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit bersama warga KHEDN yang lain.

Turut hadir menyemarakkan majlis itu hari ini adalah Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai serta kakitangan kementerian berkenaan dan juga dengan kehadiran Pegawai-pegawai Daerah, para Penghulu Mukim, Ketua-ketua Kampung dari seluruh negara.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah al-Fatihah di susuli dengan bacaan Surah Yasin diikuti bacaan Tahlil yang dibaca beramai-ramai pimpinan Ketua Guru Agama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Ustaz Haji Adanan Haji Ahmad.

Sebelum majlis ditutup hari ini beliau turut berkesempatan untuk memimpin bacaan doa selamat di majlis yang merupakan aktiviti keagamaan bagi bulan Ramadan KHEDN serta jabatan di bawahnya itu.

Menurut kenyataan KHEDN hari ini, majlis itu adalah bagi menyemarakkan lagi bualan Ramadan yang mubarak ini selain menjadi platform meningkatkan amalan ibadah dan juga menjalinkan hubungan silaturahim di kalangan pegawai dan kakitangan di KHEDN.

Selasa, 1 September 2009

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Ke 52


Sambutan Hari Kemerdekaan kali ini yang bertemakan 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, mencipta sejarah apabila buat julung kalinya diadakan di Dataran Parlimen.

Kami dari Subuk-Saja.blogspot.com, mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 52 buat warga Malaysia, dimana sahaja mereka berada. MERDEKA.....

Alain Robert (Spiderman) berjaya memanjat KLCC


WARGA Perancis, Alain Robert (Spiderman) berjaya memanjat Menara Berkembar Petronas KLCC setelah tiga kali mencubanya sejak 1997. Beliau mula memanjat pada jam 6 pagi dan tiba di puncak pada jam 7.40 pagi tanpa di sedari orang ramai dan pengawal keselamatan, hari ini.

Barutah sampai hajatnya....kalau diliat gambar atu, membari watir, arah puncak ia berdiri...nada safety dipakainya atu...