Sukan Kitani

Sukan Kitani
~KLIK~ Mempromosi Semua Kegiatan Sukan Negara Brunei Darussalam ~ KLIK~

Fes-Retro

Fes-Retro
One Stop Football Store

Sabtu, 5 September 2009

Masjid Tertua Di Brunei & Masih Digunakan Hingga Kini



MASJID yang pertama dibina di Seria berlaku pada tahun 1938. Masjid ini dibina siatas usaha bersama penduduk yang berugama Islam dan pekerja-pekerja Islam Kompeni Minyak ( British Malayan Petroleum Company ringkasnya BMP) , yang diketuai oleh Malai Haji Besar bin Syed Ahamad, ketika itu bertugas sebagai Mandur. Masjid ini terletak berhampiran dengan bangunan Sekolah Lama Pekan Seria (sekarang Pejabat Bandaran).

Bentuk Masjid ini seperti rumah tangkup di atasnya ada tanda bulan sabit dan bintang. Dinding dan lantainya dari papan, atapnya dari kayau bulian . Tugas-tugas Imam ketika itu dijalankan oleh Imam Abang Zainuddin bin Abang Haji Abdul Rahim, manakala Bilalnya terdiri daripada penduduk-penduduk Pekan Seria.

Pada tahun 1953 csebuah Masjid yang kedua telah mula dibina oleh pekerja-pekerja British Malayan Petroleum (BMP) atau dikenalai sekarang sebagai Syarikat Minyak Brunei Shell Sendirian Berhad dengan anggaran perbelanjaan sebanyak $250.000.00. Masjid ini adalah di antara Masjid –masjid yang tercantik di negara ini ketika itu.

Masjid ini siap pada 19 September , 1954.Pihak British Malayan Petroleum Company telah menyerahkan kunci Masjid ke hadapan Masjid Kebawah duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Maulan Al-Sultan Sei Muda Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien ( Al-Marhum) oleh Mr.T.C Glanville, pengarah Urusan syarikat berkenaan. Masji d ini adalah sebagai tanda pengurniaan kepada masyarakat Islam bagi memperingati Hari Perpuspaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Maulana Al –Sultan Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan Brunei yang ke-28.

Masjis Penyerahan Kunci Masjid ini , diteruskan juga dengan majlis Pembukaan Rasmi Masjid tersebut yang disempurnakan oleh baginda Sultan sendiri.

Perkara- perkara yang menarik bagi Masjid ini ialah:

1.Ia mempunyai satu Kubah besar terletak di tengah-tengah banguana Masjid ini dan si atasnya terletak bulan sabit. Kubah-kubah yang agak kecil pula mengelilingi Kubah yang besar itu.
Konsep Kubah ini dibuat bagi melambangkan bahwa Rukun Iman (Kubah Besar) dan Rukun Islam ( Kubah Kecil ) tidak dapat dipisahkan walau apa keadaan pun yang berlaku.

2. Mimbar Masjid ini masih lagi digunakan sehingga sekarang, ia dilukis oleh Awang Haji Sahari dari British Malayan Petroleum Company , dan diukir di Hongkong.

Oleh kerana bilangan penduduk Islam si Seria semakin bertambah, maka Masjid Pekan Seria ini telah mengalami dua kali perubahan. Kali pertamadalam tahun 1970, ditambah disebelah kiri bangunan Masjid tersebut.Kali kedua dalam tahun 1982 , tambahan di sebelah belakang , siap pada tahun 1984. Majlis Kesyukuran Kpenambahan Masjid ini disempurnkan oleh Yang Berhoramt Pehin Orang Kaya Ratna Diraja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji Awang Mohd.Zain bin Haji Serudin, Mneteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Tiada ulasan: