Sukan Kitani

Sukan Kitani
~KLIK~ Mempromosi Semua Kegiatan Sukan Negara Brunei Darussalam ~ KLIK~

Fes-Retro

Fes-Retro
One Stop Football Store
Memaparkan catatan dengan label Global News. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Global News. Papar semua catatan

Sabtu, 31 Mac 2012

Bersama kita menyokong Program Earth Hour 2012

Berikanlah sokongan awda dalam menjayakan Program Earth Hour 2012 31 Mac 2012 bagi Negara Brunei Darussalam, dalam usaha menangani isu global dan penjimatan tenaga elektrik.

Khamis, 29 Disember 2011

Peringatan Bagi Umat Islam Menyambut Tahun Baru Masihi

Hari-hari Valentine’s Day, Yoga, tarian klasik India, Candlelight Vigil dan lain-lain, semuanya diharamkan atas alasan yang sama iaitu ‘tasyabbuh’ atau ‘penyerupaan’ dengan agama lain. Tetapi saya hairan mengapa dari dahulu hingga kini, satu ‘perayaan ini’ masih wujud dan diteruskan saban tahun malah diusahakan untuk menjadikannya lebih meriah lagi dan lagi…Perayaan itu adalah sambutan Tahun Baru Masihi @ Miladi.

Hakikatnya para ulama sejak dahulu lagi telah memberi amaran tentang perbuatan meniru gaya orang kafir menyambut Tahun Baru Masihi.

Antaranya Imam al-Suyyuti (wafat 911H) dalam kitab al-Amr bi al-Ittiba’ wa al-Nahy ‘an al-Ibtida’ di bawah tajuk ‘Bid’ah sambutan Tahun Baru Masihi’ – berkata:

Apa yang dilakukan oleh ramai orang pada musim sejuk, dan mendakwa ia adalah hari kelahiran Nabi Isa, maka apa yang dibuat pada malam-malam ini daripada perkara-perkara mungkar seperti menghidupkan api, menyediakan makanan, pembelian lilin dan selainnya, maka sesungguhnya mengambil hari-hari kelahiran ini sebagai perayaan, ia adalah agama Nasrani @ Kristian, perkara tersebut tiada asas dalam agama Islam, sambutan hari lahir ini tidak pernah disebut pada zaman salaf terdahulu, bahkan asalnya diambil daripada agama Nasrani @ Kristian, di tambah pula dengan sebab semulajadi, iaitu pada musim sejuk, maka bersempena itu dinyalakan api”.

Para ulama menegaskan bahawa sambutan Tahun Baru Masihi adalah taqlid buta kepada budaya Barat. Keterlaluan dalam menyambutnya melunturkan jati diri umat Islam.

Dr. Jamal Abdul Hadi mengatakan bahawa syara’ tidak mengharuskan sambutan kelahiran Sayyid al-Masih (beliau adalah nabi daripada nabi-nabi Allah SWT) dengan arak dan perbuatan maksiat.

Dr. Abdul Fattah ‘Asyur mengatakan mengikut orang lain dalam perayaan-perayaan mereka yang membawa umat Islam kepada perbuatan-perbuatan seumpama mereka adalah dilarang Islam.

Dr.Yusof al-Qaradawi terlebih dahulu telah mengkritik persiapan dan persediaan yang dilakukan oleh sesetengah negara Arab dan negara Islam bagi menyambut perayaan Tahun Baru Masihi yang membawa kepada kelunturan identiti dan jati diri umat Islam sambil menyifatkan bahawa perbuatan menyambutnya adalah haram di sisi syara’.

Dr. Abdul Aziz al-Tuwaijiri menegaskan bahawa sambutan Tahun Baru Masihi adalah benda baru yang direka-reka (bid’ah) di dalam agama Kristian dan di sesetengah negara Islam mereka menjadikan kelahiran Nabi Isa a.s. sebagai cuti umum, di tambah pula dengan perkara-perkara mungkar yang mengiringi perayaan ini yang menyalahi syariat Allah dan kesemua agama samawi. Perkara-perkara bid’ah tidak diakui oleh Islam, ia adalah ikutan kepada Barat, dan ikutan kepada mereka adalah lambang restu kepada mereka yang telahpun diberi amaran oleh Allah SWT.

Dr. Abdul Fattah ‘Asyur juga mengatakan sambutan yang dikenali dengan Tahun Baru Masihi di dalam negara-negara Islam adalah ikutan membuta tuli kepada negara-negara Barat yang menjadikan tarikh miladi sebagai asas bagi kehidupan seharian mereka dalam pergaulan, perayaan, sistem kerja dan lain-lain. Beliau menambah: Kita semua mengetahui bahawa antara petunjuk Nabi SAW, sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia di kalangan mereka. Ini kerana menyerupakan sambutan-sambutan umat Islam dengan perayaan-perayaan ini, membawa mereka kepada satu bentuk perbuatan yang menyalahi apa yang dibawa oleh Islam, yang mana kita melihat dalam perayaan-perayaan ini bar-bar arak, tari-menari dan banyak lagi penyelewengan-penyelewengan akhlak yang segan untuk disebut dengan lidah, semuanya itu berpunca daripada taklid buta terhadap kaum yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat.

Kesimpulannya, jangan Tahun Baru Masihi itu disambut bak perayaan orang kafir dan orang Barat. Di mana perginya Islamic world-view kita sebagai negara Islam? Namun jika Tahun Baru Masihi disambut hanya sebagai muhasabah kepada setahun yang telah berlalu dan menanam azam bagi tahun yang mendatang, tanpa konsert, tanpa perayaan, tanpa bunga api, tanpa maksiat dan lain-lain yang melalaikan dan membazirkan wang ringgit, ia tidaklah mengapa dan diharuskan. Wallahu a’lam.

Selasa, 20 September 2011

Asal Usul Angry Bird....hahahaha

Hahahahaha.......jangan marah yea......

Hanya rekaan semata-mata,tiada kena-mengena dengan yang hidup atau yang mati,hanya sekadar hiburan.

Rabu, 26 Januari 2011

Facebook.......Ketani Tunggu 15 Mac 2011 ini....

Mungkin ada yang beranggapan yang facebook akan tutup pada 15 Mac 2011 ini, namun banyak yang mempertahankan ianya hanyalah khabar angin dan gussip semata-mata. Di bawah ani, di selitkan satu laporan yang luar negara mengenai dengan penutupan facebook. Antah banar, antah inda....ketani tunggu....... saja.
.
.
.
.

RUMOUR ABOUT FACEBOOK SHUT DOWN….

PALO ALTO, CA –Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful.

“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”

Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts.

“After March 15th the whole website shuts down,” said Avrat Humarthi, Vice President of Technical Affairs at Facebook. “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet. You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.”

Zuckerberg said that the decision to shut down Facebook was difficult, but that he does not think people will be upset.

“I personally don’t think it’s a big deal,” he said in a private phone interview. “And to be honest, I think it’s for the better. Without Facebook, people will have to go outside and make real friends. That’s always a good thing.”

Some Facebook users were furious upon hearing the shocking news.

“What am I going to do without Facebook?” said Denise Bradshaw, a high school student from Indiana. “My life revolves around it. I’m on Facebook at least 10 hours a day. Now what am I going to do with all that free time?”

However, parents across the country have been experiencing a long anticipated sense of relief.

“I’m glad the Facebook nightmare is over,” said Jon Guttari, a single parent from Detroit. “Now my teenager’s face won’t be glued to a computer screen all day. Maybe I can even have a conversation with her.”

Those in the financial circuit are criticizing Zuckerberg for walking away from a multibillion dollar franchise. Facebook is currently ranked as one of the wealthiest businesses in the world, with economists estimating its value at around 7.9 billion.

But Zuckerberg remains unruffled by these accusations. He says he will stand by his decision to give Facebook the axe.

“I don’t care about the money,” said Zuckerberg. “I just want my old life back.”

The Facebook Corporation suggests that users remove all of their personal information from the website before March 15th. After that date, all photos, notes, links, and videos will be permanently erased.

Rabu, 8 September 2010

Kedudukan Anak Bulan Syawal Bagi 1431 H


Kedudukan anak bulan Syawal 1431H pada 8 September

Keddukan anak bulan Syawal 1431H pada 9 September


Selamat Hari Raya AidilFitri 1431H

Rabu, 4 Ogos 2010

Melihat Anak Bulan Ramadhan 1431

Peralihan Bulan Baru, iaitu dari bulan Sya’ban ke Ramadan adalah pada 10 Ogos 2010 (Selasa) kira kira jam 6:35 petang. Pada hari ini, bulan ini tidak dapat dilihat di mana-mana benua pun. Mungkin payah juga dilihat di kawasan Amerika Selatan. Hanya di Kepulauan Polynesia pada tarikh 10 Ogos tersebut akan dengan mudah dilihat. Maka pada tarikh 11 Ogos tersebut, akan mudahlah untuk melihat Anak Bulan Ramadan di kawasan New Zealand, Australia, Asia Tenggara (termasuk Negara Brunei Darussalam), Afirca dan Amerika, sementara akan sukar untuk melihat di kawasan Utara Asia, Eropah, dan Kanada. Lihat peta visibilitis di bawah ini:
Kedudukan Bulan Ramadan Pada 11 Ogos 2010

dan kedudukan bulan Ramadan pada 10 Ogos 2010 sewaktu merukyah di Negara ketani Brunei Darussalam

Maka ketani akan memulakan ibadah puasa Ramadan 1431 pada 12 Ogos ani......

"Selamat Menunaikan Ibadah Puasa 1431 Hijrah"

Daripada :

Krew Subuk-Saja.Blogspot serta keluarga

Ahad, 2 Mei 2010

NASA Sahkan Kemungkinan Berlaku Matahari Terbit Dari Barat

Sains astronomi menyatakan bahawa kelajuan Planet Mars telah mengalami penurunan dalam perjalanannya menuju arah timur dalam beberapa minggu terakhir ke tahap yang kita perhatikan goyah "" antara timur dan barat serta rabu 30 Julai pergerakan planet akan berhenti menuju arah timur.

Kemudian pada bulan Ogos dan September ... Mars menukar arah dalam arah yang bertentangan ke Barat-dan bahawa sampai akhir September yang bermaksud matahari akan terbit dari barat di Marikh! Dan ini fenomena aneh gerakan melawan disebut "Mundur Motion" Kebanyakan saintis menyatakan bahawa semua planet akan mengalami yang sama, sekurang-kurangnya planet Bumi kita adalah salah satunya. Planet Bumi akan bergerak ke arah berlawanan beberapa hari dan matahari akan terbit dari barat!

Hal ini boleh berlaku segera dan kita tidak menyedari! Munculnya matahari dari barat disebutkan dalam hadis dan ini merupakan tanda utama dari hari penghakiman,kebanyakan jika tidak semua, tanda-tanda kecil telah berlaku. Bangun. dicintai Rasul Kami Muhammad (saw) bersabda: "Salah satu tanda-tanda jam matahari akan terbit dari barat, di mana tidak ada lagi taubat (pengampunan) akan diberikan"

Hal aneh sebahagian besar ulama kita Syariah disebutkan bahawa matahari terbit dari barat hanya terjadi sekali pada hari itu, matahari akan terbit dari barat kemudian kembali dari timur dan terus sampai keinginan Allah dan ini mirip dengan apa yang yang terjadi kepada Mars itu berhenti, maka tentu saja perubahan dari pengarahan untuk waktu yang singkat lalu kembali ke jalan selepas itu.

Dan Abdullah Bin Amro (RA) berkata: (Aku menghafalkan dari Rasul (SAW) sebuah hadis Aku tidak akan melupakan aku mendengar Rasul Allah (SAW) berkata: "ayat pertama yang datang munculnya matahari dari barat) [ Ahmad]. Dan Rasul SAW "Allah tempat HIS tangan di malam hari untuk mengampuni orang berdosa pagi, dan tempat di pagi hari untuk mengampuni orang berdosa malam sampai matahari terbit dari barat" [Muslim].

Kabar ini sangat penting kerana membawa serta banyak tanda peringatan dan mengingati kedatangan seorang DUNIA baru - dunia dia akhirat Ketika kita menunjukkan ini hadis diberitahu bahawa 1400 tahun yang lalu tentang keajaiban ini .. anda akan lihat Insya Allah, banyak akan kembali ke jalan yang benar ... Dan kaum muslimin jika mereka melihat ini fenomena yang berlaku di Marikh yang tahu mungkin itu akan membawa mereka lebih dekat dengan PENCIPTA kita. Semoga Allah menjaga kita semua di jalan yang benar dan berikan kami berjaya di dunia ini dan juga di akhirat.

Jumaat, 23 April 2010

Hari Bumi Sedunia 2010


Mungkin balum jua terlambat untuk kan mengucapkan selamat menyambut hari bumi sedunia 2010 yang tagugurnya pada 22 april..

Apa yang penting buat ketani ialah, sama-sama tah ketani menjaga bumi ketani ani. kerana, tugas ketani sebagai khalifah Allah adalah untuk menjaga muka bumi ini daripada dirosakkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Ketahuilah, bumi yang ketani diami ani adalah anugerah Allah yang tidak ternilai harganya.
Firman Allah SWT di dalam surah Toha ayat ke 6, “ Apa yang ada di langit, segala yang ada di bumi, segala yang wujud di antara keduan-duanya dan semua yang wujud di bawah tanah, semuanya kepunyaan Allah”.

Selasa, 5 Januari 2010

Bangunan dan Menara Tertinggi Dunia Yang Baru


Bangunan dan menara tertinggi dunia yang baru - Burj Dubai - dibuka dengan rasminya dengan ketinggian 828 meter (2,717) di tengah padang pasir Dubai.


Bangunan dan menara tertinggi dunia yang turut dilengkapi masjid tertinggi. Ia membabitkan 169 tingkat dengan kolam renang tertinggi di dunia pada tingkat 76 dan masjid di tingkat 158.


Dikenali sebagai Burj Dubai ketika pembinaannya, Sheikh Mohammad bagaimanapun mengisytiharkan nama baru kepada mercu tanda baru dunia itu sebagai Burj Khalifa iaitu tanda menghormati Presiden Emeriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa Zayed al-Nahayan.

Sabtu, 5 September 2009

Gempa Bumi Di Tasikmalaya, Jawa Barat,Indonesia


JEMAAH tetap menunaikan solat Jumaat walaupun dalam keadaan kurang selesa akibat kejadian gempa bumi yang berlaku 2 September lalu memusnahkan struktur Masjid Jami al-Muhtar, Kampung Ciloa di Tasikmalaya, Jawa Barat, hari ini.

Selasa, 1 September 2009

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Ke 52


Sambutan Hari Kemerdekaan kali ini yang bertemakan 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, mencipta sejarah apabila buat julung kalinya diadakan di Dataran Parlimen.

Kami dari Subuk-Saja.blogspot.com, mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 52 buat warga Malaysia, dimana sahaja mereka berada. MERDEKA.....

Alain Robert (Spiderman) berjaya memanjat KLCC


WARGA Perancis, Alain Robert (Spiderman) berjaya memanjat Menara Berkembar Petronas KLCC setelah tiga kali mencubanya sejak 1997. Beliau mula memanjat pada jam 6 pagi dan tiba di puncak pada jam 7.40 pagi tanpa di sedari orang ramai dan pengawal keselamatan, hari ini.

Barutah sampai hajatnya....kalau diliat gambar atu, membari watir, arah puncak ia berdiri...nada safety dipakainya atu...

Jumaat, 27 Mac 2009

EARTH HOUR...on 28th March 2009

TIDAK perlu jeritan, laungan atau perarakan untuk memperjuangkan sesuatu agenda. Tahukah anda, satu langkah mudah mampu memberi perubahan besar dan mungkin boleh dianggap paling efektif? Inilah keunikan kempen Earth Hour yang giat dipromosikan ketika ini.

Seruan kempen Earth Hour amat mudah. Pada 28 Mac ini, mulai jam 8.30 malam, anda cuma perlu memadamkan suis lampu untuk tempoh sejam. Apa yang penting, ialah simbolik perbuatan ini serta mesej yang ingin disampaikan kepada pihak berkepentingan di seluruh dunia.

Bagi individu yang menganggap perjuangan memelihara alam sekitar bukan tanggungjawab mereka, mungkin tidak terasa impak kempen ini. Namun, bagi insan prihatin dengan isu alam sekitar, Earth Hour pasti disambut baik.

Earth Hour adalah program tahunan sedunia yang dianjurkan Tabung Alam Sedunia (WWF) pada setiap Sabtu ketiga bulan Mac. Melalui kempen ini, orang ramai diminta memadamkan suis lampu atau kelengkapan elektrik yang lain bagi tempoh sejam. Ini bertujuan meningkatkan kesedaran perlunya tindakan segera diambil dalam menghadapi perubahan iklim dunia.

Kempen ini dipelopori WWF Australia dan akhbar Sydney Morning Herald pada 2007. Sejak itu, kempen ini semakin mendapat sokongan dunia hingga pada tahun lalu, sejumlah 50 juta penduduk dunia menyertainya.

Paling menarik, mercu tanda popular dunia seperti Golden Gate Bridge di San Francisco, Amerika Syarikat (AS); Colosseum di Rome; Sydney Opera House di Sydney, Australia dan papan tanda Coca Cola di Times Square di New York bergelap selama sejam.

Pada penganjurannya tahun lalu, lebih 400 bandar dari tujuh benua mengambil bahagian. Dilaporkan, laman web rasmi Earth Hour menerima kunjungan lebih 6.7 juta pelawat kira-kira seminggu menghampiri Earth Hour. Enjin pencarian popular, Google juga menggelapkan laman webnya sebagai tanda sokongan.

Seiring isu pemanasan global yang kerap diperkatakan, Earth Hour 2009 bakal mencatat sejarah kerana membabitkan proses pengundian pada skala besar penduduk dunia. Inilah julung kali, penduduk dunia tanpa mengira usia, keturunan, etnik dan agama berpeluang mengundi dengan hanya memadamkan suis lampu yang berfungsi bagai kertas undi.

Melalui kempen ini, pengundi bebas memilih untuk memadamkan lampu jika mahu menyelamatkan bumi atau membiarkan ia bernyala jika memilih bumi terus menjadi mangsa pemanasan global. Semua ini perlu dilakukan dalam tempoh sejam.

WWF mengajak penduduk dunia mengundi bumi bagi mencapai sasaran satu bilion undi yang akan dibentangkan kepada pemimpin dunia di Persidangan Perubahan Iklim Global (Global Climate Change Conference), di Copenhagen, Denmark, tidak lama lagi.

Persidangan itu bakal menentukan polisi kerajaan untuk bertindak terhadap ancaman pemanasan global menggantikan Protokol Kyoto. Inilah peluang bagi penduduk dunia menyatakan suara hati mereka.

Penganjur Earth Hour 2009 mensasarkan satu bilion penyertaan penduduk dunia. Undi yang diberi kepada bumi adalah seruan kepada penduduk dunia melakukan sesuatu demi menjamin masa depan planet ini. Mengikut laporan yang dikeluarkan WWF tahun lalu, kesan pemanasan global sekarang lebih cepat berkembang daripada apa yang diramal kumpulan saintis terkemuka dunia.
Sebagai penghuni bumi yang prihatin, apa kata padamkan lampu anda bagi tempoh sejam mulai jam 8.30 malam 28 Mac ini.

Sebaik memulakan langkah pertama, banyak lagi perkara lain yang anda boleh lakukan. Antaranya, mendaftar dengan penganjur Earth Hour. Anda akan menerima tip dan panduan berguna dalam mengurangkan pelepasan karbon dioksida dalam kehidupan seharian. Maklumat ini kemudian boleh disebarkan kepada keluarga dan kenalan.

Selain itu, individu yang mendaftarkan diri boleh berkongsi cerita mengenai kesan perubahan iklim kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat serta bagaimana setiap orang boleh menyumbang.
Sehubungan itu, semua pihak termasuk jejaka macho yang masih memiliki rasa sayang terhadap bumi, boleh menyokong kempen Earth Hour dengan melayari laman web www.earthhour.org Tunaikan tanggungjawab anda sebagai penduduk dunia yang prihatin!

INFO:

  • Menurut WWF Thailand, bandaraya Bangkok dapat mengurangkan penggunaan elektrik sehingga 73.34 megawatt bersamaan 41.6 tan karbon dioksida pada Earth Hour tahun lalu.

  • Toronto, Kanada menjimatkan 900 megawatt elektrik dalam sejam.

  • Ireland berjaya mengurangkan penggunaan elektrik sebanyak 1.5 peratus pada malam itu.

  • Di Dubai, lampu yang menerangi kebanyakan kawasan dipadamkan manakala lampu jalan dimalapkan hingga 50 peratus. Hasilnya, 100 megawatt sejam elektrik dijimatkan.