Memaparkan catatan dengan label Bandar Seri Begawan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bandar Seri Begawan. Papar semua catatan
Ahad, 5 Februari 2012
Khamis, 29 Disember 2011
HELLOOOOO.....


Whoa...... lama jua nda blogging ani, ada usul sarang labah-labah bah....
Maklumlah, kesibukan dengan tugasan yang tidak dapat dielakan menyebabkan saya jarang blogging beberapa bulan kebelakangan ini.
Anyway,saya akan meneruskan dalam bidang penulisan jika ada waktu yang terluang.
jangan jara untuk menyubuk ke blog ani yang inda seberapa.
Selasa, 12 Oktober 2010
40 Tahun Nama Bandar Seri Begawan Tetap Menjadi Ristaan
Bandar Seri Begawan KINI
Ibu negara Bandar Seri Begawan (BSB) dikenali sejak 4 Oktober 1970 setelah ditukar namanya dan sebelum ini dikenali sebagai Bandar Brunei.
Sejarah ibu negara ( Bandar Seri Begawan ) bermula kira-kira dalam kurun ke tujuh. Sejarah merekodkan bahawa ibu negeri Brunei telah berpindah sebanyak tiga kali. Catitan sejarah menunjukkan bahawa ibu negeri Brunei pertama adalah sebuah perkampongan di atas air berdekatan dengan Kampong Kota Batu dan Bangunan Muzium Negara. Selepas itu pula Kampong Ayer sepanjang Sungai Brunei; yang menjadi pusat bagi perniagaan, penangkapan ikan dan lain-lain perusahaan bagi kaum Melayu Brunei. Ibu negeri dipindah buat kali terakhir di daratan di tapak bandar yang ada sekarang ( Bandar Seri Begawan ).
Pada 1hb Ogos 2007, atas titah perkenan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam, maka saiz Bandar Seri Begawan telah menjadi 10 kali ganda lebih besar daripada asal, iaitu daripada 12.87 sq km ke 100.36 sq km pada masa kini.
Maka pada tahun ini, sempena 40 tahun penukaran nama Bandar Brunei menjadi Bandar Seri Begawan, pihak yang berwajib akan melancarkan Pelan Induk Kemajuan Bandar Seri Begawan.
Jumaat, 2 Julai 2010
Rabu, 30 Jun 2010
Hari Terakhir Di Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan
City Hall Jabatan Bandaran BSB
My Room at Jabatan Bandaran....
Hari ani adalah hari terakhir kadiaku bertugas di Jabatan Bandaran. Hampir 6 tahun bertugas banyak jua kenangan. Di kesempatan ani jua, kadiaku ingin mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada Pegawai-Pegawai dan kakitangan yang sewaktu dengannya di atas tunjuk ajar dan bimbingan semasa bertugas disana..... Di samping atu jua, ucapan Terima Kasih ani jua, kepada Jabatan dan Kementerian kerana telah memberi peluang kediaku untuk melanjutkan pelajaran....
Kemana hala tuju kediaku selapas ani...... Sila tunggu...... keluaran esok yer.....
Bye Bye..........
Jumaat, 23 April 2010
Bandaran BSB VS Bandaran KB ~ Dalam Piala Johan Pahlawan
Langgan:
Catatan (Atom)



