Sukan Kitani

Sukan Kitani
~KLIK~ Mempromosi Semua Kegiatan Sukan Negara Brunei Darussalam ~ KLIK~

Fes-Retro

Fes-Retro
One Stop Football Store
Memaparkan catatan dengan label Sejarah Negara Ketani. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sejarah Negara Ketani. Papar semua catatan

Khamis, 9 Februari 2012

LAGENDA ONG SUM PING

Pembangunan di sekitar Jalan Ong Sum Ping

Huang Senping (Cina:森 屏), mendapat gelaran dari Brunei sebagai Pengiran Maharaja Lela. Beliau lebih dikenali dengan nama Hokkien sebagai Ong Sum Ping di Brunei. Nama Hokkien membayangkan bahawa Huang Senping adalah berasal dari Fujian, China. Ini juga terdapat bukti yang menyokong dalam buku Brunei dalam Bab 211 Sejarah rasmi Ming.

Menurut Wen Xiongfei , Senping Huang datang ke Brunei pada tahun 1375 semasa tahun-tahun awal daripada Dinasti Ming China. Huang Senping kemudiannya berkahwin dengan Puteri Ratna Dewi, anak perempuan Sultan Muhammad Shah Brunei, dan dianugerahkan gelaran kemuliaan Pengiran Maharaja Lela dan dipilih Ketua Kinabatangan. tradisi lisan menunjukkan bahawa terdapat penempatan Cina hari ini di Kinabatangan, Sabah. "Kinabatangan" boleh bermaksud "Sungai Cina". "Kina" (kee-na) digunakan oleh Kadazan Dusun yang serupa dengan "Cina" (chee-na) yang digunakan oleh Melayu yang merujuk orang Cina. Menurut ke sejarah awal seperti Salasilah Raja-Raja Brunei yang mula-mula di daripada tradisi lisan semasa pemerintahan Sultan Muhammad Hassan (1582-1598) dan kemudiannya disalin dan dikemaskini dari masa ke semasa dan juga Sejarah Melayu (ditulis oleh Tun Seri Lanang pada tahun 1612), Huang Senping "menganti bapa mertuanya”. Beliau dikenali sebagai Sultan Ahmad dan memerintah Brunei". Versi ini, bagaimanapun, bercanggah kemudian sejarah terukir pada Tarsilah Batu yang ditulis pada tahun 1807 bahawa Sultan Ahmad merupakan saudara Sultan Muhammad Shah dan dia bukannya Senping Huang. Versi terakhir adalah sejarah yang diterima rasmi bagi Negara Brunei Bab 211 Sejarah rasmi Ming direkodkan yang berikut: (Semasa pemerintahan Ming Maharaja Wanli 1573-1620, Raja Brunei adalah Hokkien. Sesetengah berkata Hokkien mengikuti Laksamana Zheng He ke Brunei dan tinggal di Brunei. Keturunannya kemudiannya menjadi pemerintah negara ini. Petikan ini adalah satu rujukan jelas kepada Huang Senping, yang Cina hanya dalam keturunan diraja Brunei (walaupun tiba di Brunei mendahului Laksamana Zheng pelayaran 1 He oleh 30 tahun), dan mencadangkan bahawa keturunannya terus untuk memerintah kawasan Kinabatangan sehingga sehingga pemerintahan Ming maharaja Wanli 1573-1620. Semasa Brunei Perang Saudara (1661-1673), Sultan Muhyiddin Brunei dipanggil untuk bantuan dari Sultan Sulu untuk membantu mengalahkan Sultan Abdul Hakkul Mubin, mereka menjanjikan kemerdekaan serta wilayah hari ini (utara-timur) Sabah diberikan kepada Sultan Sulu. [6]. Wilayah yang dijanjikan adalah termasuk Kinabatangan.

Menurut awal abad ke-20 peniaga Cina Huang Zhuoru
黄卓 如, beliau menemui makam Huang Senping terletak di salah satu bukit (kira-kira ½ km) daripada Bandar Brunei pada masa itu dan terdapat inskripsi Cina 之 黄总兵 墓 pada batu nesan itu yang bermakna 'Makam Komander Huang'. Walau bagaimanapun, di mana makam ini terletak tidak diketahui lagi.

Pada tahun 1947, salah satu terumbu di Laut China Selatan telah dinamakan 'terumbu Senping'
森 屏 礁 oleh Kerajaan Republik China untuk menghormati Huang Senping. Di Brunei, Bandar Seri Begawan hari ini, terdapat sebuah jalan yang dinamakan sempena kepadanya, iaitu Jalan Ong Sum Ping, yang merupakan hanya satu jalan di Brunei dengan mengunakan nama Cina.

Selasa, 7 Februari 2012

Sepintas Lalu Mengenai Puak Kedayan

BANGSA puak kedayan merupakan salah satu daripada tujuh puak jati bagi masyarakat Brunei.Puak Kadayan secara tradisinya beragama Islam dan belum ada yang menganut agama selain daripada agama Islam.Puak Kadayan juga merupakan peribumi anak jati kedua terbesar di Brunei Darussalam.

Sejarah puak Kadayan sebenarnya agak gemilang bersama-sama dengan kemegahan Kesultanan Brunei.Malah mereka mampu menembusi tembok istana dan memegang jawatan-jawatan penting khususnya dalam hal pertahanan empayar.Permaisuri Sultan Saiful Rijal abad ke 16 merupakan seorang gadis Kadayan.Putera mereka Orang Kaya Kassim @ Orang Kaya Harimau Padang telah berjaya mengalahkan Sepanyol dalam Perang Kastilla bersama-sama Pangeran Bendahara Sakam.Mantri Kadayan Orang Kaya Besar Imas contohnya memainkan peranan yang penting dalam perang saudara 12 tahun abad ke 18.Begitu juga dengan Panglima Datuk Seri Setia Ghaffar pada akhir abad ke 19.Itu belum disebut lagi kisah Panglima Saban, Panglima Kunchang dan lain-lain. Kerabat diraja Brunei dari golongan Melabau juga berdarah kedayan dari perkahwinan dengan Dayang Siti Ambong.

Pada tahun 1840an, puak Kedayan seramai 300 orang dari Berakas bersama-sama dengan Pangeran Yussof telah memberontak dan cuba menawan kota Brunei. Pemberontakan ini berjaya dihapuskan oleh angkatan Pangeran Badruddin, Pangeran Iluddin yang disokong oleh Kapten James Brooke dengan angkatan perang seramai 2000 orang.

Pemberontakan puak Kadayan yang paling terkenal ialah Pemberontakan Brunei 1962. Ada sejarawan Barat yang berkata sebenarnya Syeikh A. Azahari itu walaupun dikenali sebagai bangsa Melayu-Arab, sebenarnya ayahnya berdarah Kadayan. Ibunya berketurunan British-Sumatera.Mungkin atas sebab bangsa, PRB mendapat sokongan kuat daripada orang Kedayan Brunei, Sabah dan Sarawak.

Nama Kadayan.

Nama Kadayan atau Kedayan dipercayai berasal dari perkataan Jawa atau Melayu Lama, Kadang Kedayan. Kadang dalam dialek Jawa bermaksud saudara mara atau kerabat raja manakala Kedayan bermaksud pengikut atau 'retainer'. Amdee Sidik seorang peguam dan juga sejarawan Kedayan dari Sabah pernah berkata Kedayan atau Kadayan merupakan satu-satunya bangsa Nusantara yang di namakan bersempena dengan pekerjaan nenek moyang mereka. Logiknya, sepanjang sejarah Brunei puak Kedayan memang bertindak sebagai 'retainer' kepada Sultan Brunei selain menjadi penanam padi kepada kesultanan bersama-sama dengan bangsa Bisaya.

Amdee Sidik turut menambah yang puak Kedayan juga menjadi bangsa 'buffer' kepada suku Melayu Brunei yang berada di kampung air dan ibu kota. Kampung-kampung Kedayan akan melingkari penempatan ibu kota.Ia seolah-olah kubu pertahanan dalam menentang suku-suku Dayak di Borneo khususnya serangan orang Murut.

Dalam pengertian lain Kedayan turut bermaksud Orang Pendalaman atau Orang Darat. Nama lama kepada suku Dusun di Brunei juga di sebut Kedayan atau Sang Kedayan. Sang Kedayan merupakan kata yang digunakan untuk membezakan 'Orang Laud' ( pesisir ) dan Darat ( Kedayan ). Sekarang bangsa Dusun Brunei menggunakan istilah Sang Jati Brunei.

Asal-usul

Tidak dapat dipastikan dengan jelas dari manakah bangsa Kadayan ini berasal.Banyak sumber dari bangsa-bangsa yang berlainan.

I. Puak Kadayan merupakan penduduk asal Brunei dan disokong oleh mitos-mitos Melanau dan Melayu Sarawak. Ada pengkaji Barat yang mengatakan yang Puak Kadayan ini berketurunan Murut/Sakai yang telah di Islamkan.Bangsa Murut juga dikatakan moyang kepada beberapa subetnik yang berlainan seperti Kelabit dan Lun Bawang.Dikalangan bangsa Lun Bawang itu sendiri ada pendapat yang mengatakan bahawa bangsa Kadayan ini merupakan puak Lun Bawang yang memeluk Islam dan memakai nama baharu untuk menunjukkan identiti bangsa yang Islam. Dalam rancangan Belajar Bahasa di RTB suatu ketika dulu, pengulas dari suku Murut Brunei mengatakan sesama mereka (Murut), mereka menggelarkan diri mereka Kadayan ....

II. Puak Kadayan berasal dari Jawa-Majapahit atau wilayah-wilayah yang kuat pengaruh Majapahit.Mitos peristiwa sabung ayam antara Raden Angsuka Dewa Majapahit dan mitos Ratu Lela Menchanai menyokong pendapat ini.Kisah ini diperturunkan dikalangan anak-anak Kadayan selama beratus-ratus tahun. Mungkin ada benarnya kerana sesuatu kisah mitos itu pada kebiasaannya bermula dari cerita yang nyata wujud yang kemudiannya ditokok tambah.Lebih-lebih lagi Ratu Lela Menchanai memang wujud dan ada makamnya di Brunei, cuma sejarawan bertelingkah mengenai asal sebenar baginda.Untuk beratus-ratus tahun Ratu Lela Menchanai diyakini berketurunan Jawa dan hanya beberapa waktu kebelakangan ini ia ditukar kepada Ratu Suluk dengan alasan nama Menchanai menyerupai nama diraja Suluk, Magandai.Yang anehnya, makam Sultan Bolkiah dan Laila Menchanai mempunyai pengaruh ukiran Jawa yang kuat. Perlu diingat juga yang Pulau Borneo pernah disebut juga sebagai Pulau Jawa Besar.

III. Puak Kadayan dikatakan berasal dari Kutai Kerta Negara di Kalimantan iaitu sebuah kerajaan tertua Indonesia, lebih tua dari Kerajaan Melayu, Srivijaya di Sumatera dan Taruma Jawa.Penemuan-penemuan terkini menjumpai persamaan di antara bahasa Kutai dan Kadayan, malah wikipedia bahasa Indonesia memasukkan bahasa Kadayan dalam rumpun bahasa Kutai.Mitos Lela Menchanai pula amat mirip kepada mitos asal-usul raja-raja Kutai iaitu mitos Puteri Junjung Buih.Kehebatan kisah Puteri Junjung Buih ini hinggakan semua raja dari kerajaan-kerajaan di persisir Kalimantan akan mengaku keturunan baginda. Menurut beberapa budayawan suku Kendayan atau Kanaytn di Kalimantan, Kedayan merupakan keturunan pelayar dan pelaut Kendayan yang berhijrah ke utara Borneo. Mereka ini juga dikatakan bersaudara dengan suku Kendayan yang pernah mendirikan beberapa kerajaan kuno Borneo antaranya Kerajaan Mempawah Lama - Patih Gumintar. Kerajaan Kendayan ini bertahan sehingga abad ke 17 sebelum dikuasai oleh orang Bugis.
IV. Puak Kadayan merupakan keturunan pengiring di raja Putera Datu Adipatih dari Banjar, yang tersesat semasa berburu mencari kijang putih untuk mengubat Raja Banjar yang gering. Namun dalam perburuan itu mereka tersesat di dalam hutan Borneo dan sampai ke Brunei dan terus menetap di sana.Oleh kerana dalam bahasa Melayu Kuno pengiring di raja di sebut Kodiyan, maka keturunan mereka di gelar Kadayan.
V. Puak Kadayan juga dikatakan merupakan keturunan Panglima Sawang Harimau yang berkahwin dengan seorang gadis yang berketurunan Jawa. Panglima Sawang Harimau dikatakan hidup pada zaman Sultan Bolkiah. Namun belum ada bukti yang mampu menyokong pendapat ini. Siapa sebenarnya Panglima Sawang Harimau ini? Sawang Harimau merupakan gelaran semata-mata.Walaupun Panglima Sawang Harimau dikatakan kerabat sultan. Jika benar, pendapat ini menyokong idea bahawa Kedayan berasal dari Kedayang. Kedayang merupakan gelaran keturunan Brunei iaitu bila seorang kerabat raja berkahwin dengan rakyat biasa, jika anak sulongnya perempuan maka mereka keturunan Kedayang dan jika anak sulong lelaki mereka keturunan Kawang. Wallahu'alam.

Penempatan Lama

Walaupun hakikatnya tumpuan penempatan Puak Kadayan adalah di sekitar Teluk dan pesisir pantai Brunei, Sabah, Labuan dan utara Sarawak, sejarah membuktikan yang bangsa Kadayan pernah wujud di lembah Sungai Sarawak dan Pulau Pinang.

I. Rekod Salasilah Raja-Raja Brunei mencatatkan yang puak Kadayan pernah berhijrah bersama-sama Pangeran Muda Tengah ke Santubong pada abad ke 17.Baginda telah diiringi oleh seribu orang hulubalang berbangsa Kadayan, Sakai dan penduduk Pulau Bunut ke Sarawak Darul Islam (lembah Sungai Sarawak sekarang).Baginda menggunakan gelaran Sultan Omar Ali Ibrahim Syah, sultan Sarawak yang pertama dan terakhir.Keturunan mereka ini sekarang telah menjadi Melayu Sarawak hasil perkahwinan campur.

II. Sejarah Pulau Pinang pula merekodkan yang ada penghijrahan bangsa Kadayan ke sana tidak lama selepas pembukaannya oleh Francis Light. Mereka membuka penempatan di Bayan Lepas dan diketuai oleh oleh Haji Brunei atau Muhammad Salleh bin Raturati. Jangan terkeliru dengan nama Pangeran Haji Muhammad Salleh iaitu bangsawan Brunei yang berhijrah ke Pulau Pinang kemudiannya.

III. Catatan pentadbiran Raja Brooke turut merekodkan yang puak Kadayan juga membuka kampung Rambungan di Lundu dan diketuai oleh dua bersaudara iaitu Samah dan Radat dari Bukit Sari, Lawas. Keturunan mereka Kapten Landak dan saudara maranya dianugerahkan tanah oleh Raja Brooke dalam Projek Geragas dan kampung itu masih wujud sekarang iaitu Kampung Sungai Lumut di Santubong.Kapten Landak merupakan pengemudi kapal His Royal Highness the Rajah Launch milik dinasti Brooke.Sebenarnya sehingga kini komuniti Kadayan ini masih boleh ditemui di sekitar Kuching, sama ada di Jalan Mendu, Pulo-Bintawa,Gedong-Simunjan, Lundu-Sematan-Biawak dan lain-lain.
IV. Penghijrahan ke Miri khususnya daerah Sibuti dimulakan oleh Penghulu Haji Abdul Ghafur bin Nayan pada sekitar 1800an. Kedatangannya ke Sibuti ialah untuk mencari tanah sebagai pusat penanaman padi. Kali kedua beliau ke Sibuti beliau membawa bersama-sama benih tanaman dan pengikut untuk berkampung di Sibuti.Kewujudan mereka di Sibuti dipercayai bermula di kawasan Tanjung Bungai kerana di situ ditemui perkuburan lama Kedayan yang berusia hampir 200 tahun. Ada pendapat lain yang Penghulu Haji Abdul Ghafur Bin Nayan dihantar ke Sibuti oleh Sultan Brunei untuk memungut cukai.

Bahasa Kadayan.

Bahasa Kadayan walaupun telah dimasukkan ke dalam rumpun bahasa Kutai, merupakan keluarga Melayu Brunei sebenarnya. Persamaan kedua-dua bahasa itu tidak boleh dinafikan.Bahasa Melayu Brunei boleh dibahagikan kepada tiga dialek iaitu Kampung Air, Kadayan dan Tutong.Bagi yang biasa di dalam membezakan huruf e taling dan e pepet akan merasakan mempelajari bahasa Kadayan ini amatlah mudah kerana e taling akan menjadi a dan e pepet akan menjadi i. Bahasa Kadayan sememangnya dikenali dengan penghilangan huruf r dalam pertuturan seharian mereka.Walaubagaimanapun, ada kajian yang mengatakan bahawa hutuf r itu tidak hilang tetapi digantikan dengan huruf h yang disebut secara halus dan hampir tidak kedengaran.

Budaya Kadayan.

Budaya kehidupan Kadayan tidak jauh bezanya dengan budaya Melayu kerana pengaruh Islam. Hal perkahwinan, pertunangan, kematian, kelahiran, masuk jawi,dan sebagainya hampir sama dengan budaya Melayu.Cuma dalam pembahagian harta pusaka agak mirip kepada budaya Minang tetapi berbeza.Dalam budaya Kadayan apabila seseorang lelaki itu meninggal dunia harta pusaka tidak terus dibahagikan kepada anak-anak mereka tetapi akan dijaga oleh si ibu sehingga kematiannya. Selepas si ibu meninggal dunia baharulah harta pusaka tersebut di bahagikan mengikut hukum syarak.

Seni Kadayan.

Hikayat Awang Kamaruddin merupakan warisan sastera Kadayan yang terulung. Ia dikelompokkan di dalam budaya 'pitaan' dalam kategori Labai. 'Pitaan' lain ialah syair, peribahasa, pepapatah dan pantun. Dalam seni nyanyian dan tarian, yang paling menonjol dikalangan puak Kadayan sekarang ialah budaya Bermukun/Bergendang. Namun antara tarian kedayan yang asli ialah Anding,Aduk-Aduk, Alai Bubu,Alun Bungai dan Jipin Yadan.Professor Ghouse pernah menyebut sejenis tarian bernama Madayut dalam tulisan beliau namun tiada rekod yang mampu aku temui.Lagu tradisi Kadayan pula ialah Anding Rimba, Dang Sulandi, Lai Mangalai, Jum jum Malam, Isai Induai, Cam Cambi, Aladom dan banyak lagi.Di Labuan Adai-adai merupakan seni yang utama yang turut dikongsi bersama bangsa Melayu Brunei.Pertembungan budaya ini juga berlaku di Sarawak di mana Kadayan Sibuti juga telah mengambil lagu Suriram sebagai lagu tradisi mereka.

Dalam seni permainan, dikalangan puak Kadayan, gasing merupakan permainan yang paling dikenali selain Kuhit, Cerangin dan Paning-paningan (Yoyo Kadayan).Dikalangan kanak-kanak pula kedapatan permainan Main Jadi, Pelapi, Simban, Gusti Daun Duyan, Sumpit Lada, Main Sinapang dan Kayu Tiga (berdasarkan pengalaman penulis masa kecil-kecil dahulu). Namun lain kampung lain pulanya budayanya.Bila datang ke Brunei, sila melawat ke Pulau Berambang, kerana disitu ada stu senibina Kadayan yang unik iaitu Batu Berpangkat, struktur menara batu berbentuk segiempat, yang dijadikan penanda sempadan pada masa lampau.

Wallahu'alam.

Sabtu, 27 Februari 2010

Sekitar Sambutan Maulud Nabi di Tahun 60-an dan 70-an

Sekitar Jalan Stoney di Tahun 60-an

Sekitar Jalan McArthur di Tahun 70-an

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1431H/2010

Ahad, 18 Oktober 2009

Makam Raja Ayang Di Bandar Seri Begawan

DAHULU....



Setahun yang lalu, kadiaku ada menulis mengenai dengan Makam Dang Ayang atau lebih dikenali sebagai Makam Raja Ayang. Ketika atu ianya ditutup, tapi sekarang ianya sudah pun siap pengubahsuaian nya...

Menurut sejarahnya...Raja Ayang ani adalah dua orang keluarga Diraja Brunei yang rupawan dan tampan,telah melakukan perbuatan yang menyalahi hukum islam, yang mana perepuan tersebut termasyhur dengan nama 'Raja Ayang', maka atas titah perintah Sultan Sulaiman(T.M 1432-1485), sultan yang termasyhur warak dan berpegang teguh kepada undang-undang islam kepada sesiapa sahaja yang melanggar hukum islam akan dihukum setiap perbuatannya.Mereka pun dihukum menurut-undang-undang islam, tetapi hukuman terhadap mereka itu diubah daripada yang lain,iaitu mendiami disatu tempat yang disifatkan sebagai rumah dalam tanah yang dibekalkan dengan keperluan secukupnya, termasuk makanan yang secukupnya, serombongan pernafasan. Ada juga disebutkan sebagai dalam gua dan mempunyai dayang istana.

Dengan bisainya sudah makam ani,diharap ianya akan menjadi satu pengajaran dan pedoman kepada sesiapa yang menghargainya...

Jumaat, 11 September 2009

Kad Hari Raya AidilFitri Klasik






Sempena Hari Raya yang bakal menjelma, disini ku pamerkan sebahagian kad Hari Raya tahun 60-an, sebagai ristaan bersama...Betapa rajin dan kreatifnya orang dahulu membuat kad raya...Masa ani saja sanang,dengan mengetik di hujung jari saja untuk menyampaikan ucapan...beberapa saat udah sampai...Mun dahulu...seminggu kali, baru sampai...Mun dalam tahun 80-an hingga 90-an, orang sekolah berabur-rabut kan bakaraja di pos ofis untuk mencari rezki tambahan dengan menyusun kad raya...Masa ani saja nada kali eh....
So...hargai dan kenanglah jasa orang ketani daulu kala...yang lama jangan ditinggalkan...

Sabtu, 5 September 2009

Masjid Tertua Di Brunei & Masih Digunakan Hingga Kini



MASJID yang pertama dibina di Seria berlaku pada tahun 1938. Masjid ini dibina siatas usaha bersama penduduk yang berugama Islam dan pekerja-pekerja Islam Kompeni Minyak ( British Malayan Petroleum Company ringkasnya BMP) , yang diketuai oleh Malai Haji Besar bin Syed Ahamad, ketika itu bertugas sebagai Mandur. Masjid ini terletak berhampiran dengan bangunan Sekolah Lama Pekan Seria (sekarang Pejabat Bandaran).

Bentuk Masjid ini seperti rumah tangkup di atasnya ada tanda bulan sabit dan bintang. Dinding dan lantainya dari papan, atapnya dari kayau bulian . Tugas-tugas Imam ketika itu dijalankan oleh Imam Abang Zainuddin bin Abang Haji Abdul Rahim, manakala Bilalnya terdiri daripada penduduk-penduduk Pekan Seria.

Pada tahun 1953 csebuah Masjid yang kedua telah mula dibina oleh pekerja-pekerja British Malayan Petroleum (BMP) atau dikenalai sekarang sebagai Syarikat Minyak Brunei Shell Sendirian Berhad dengan anggaran perbelanjaan sebanyak $250.000.00. Masjid ini adalah di antara Masjid –masjid yang tercantik di negara ini ketika itu.

Masjid ini siap pada 19 September , 1954.Pihak British Malayan Petroleum Company telah menyerahkan kunci Masjid ke hadapan Masjid Kebawah duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Maulan Al-Sultan Sei Muda Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien ( Al-Marhum) oleh Mr.T.C Glanville, pengarah Urusan syarikat berkenaan. Masji d ini adalah sebagai tanda pengurniaan kepada masyarakat Islam bagi memperingati Hari Perpuspaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Maulana Al –Sultan Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan Brunei yang ke-28.

Masjis Penyerahan Kunci Masjid ini , diteruskan juga dengan majlis Pembukaan Rasmi Masjid tersebut yang disempurnakan oleh baginda Sultan sendiri.

Perkara- perkara yang menarik bagi Masjid ini ialah:

1.Ia mempunyai satu Kubah besar terletak di tengah-tengah banguana Masjid ini dan si atasnya terletak bulan sabit. Kubah-kubah yang agak kecil pula mengelilingi Kubah yang besar itu.
Konsep Kubah ini dibuat bagi melambangkan bahwa Rukun Iman (Kubah Besar) dan Rukun Islam ( Kubah Kecil ) tidak dapat dipisahkan walau apa keadaan pun yang berlaku.

2. Mimbar Masjid ini masih lagi digunakan sehingga sekarang, ia dilukis oleh Awang Haji Sahari dari British Malayan Petroleum Company , dan diukir di Hongkong.

Oleh kerana bilangan penduduk Islam si Seria semakin bertambah, maka Masjid Pekan Seria ini telah mengalami dua kali perubahan. Kali pertamadalam tahun 1970, ditambah disebelah kiri bangunan Masjid tersebut.Kali kedua dalam tahun 1982 , tambahan di sebelah belakang , siap pada tahun 1984. Majlis Kesyukuran Kpenambahan Masjid ini disempurnkan oleh Yang Berhoramt Pehin Orang Kaya Ratna Diraja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji Awang Mohd.Zain bin Haji Serudin, Mneteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Jumaat, 13 Mac 2009

Peristiwa Lumut Lunting Dan Pilong-Pilongan Versi Melayu

Pulau Lumut Lunting
Lumut Lunting terletak di antara Pulau Sibungur dengan Pulau Berambang di kawasan Sungai Brunei. Lumut Lunting adalah merupakan legenda yang dikaitkan mengenai dengan kisah persabungan ayam di antara Brunei dengan Majapahit seperti yang terdapat dalam Syair Awang Semaun. Cerita persabungan ayam ini telah menjadi cerita lisan yang terkenal di kalangan masyarakat Brunei dan dipertuturkan daripada satu generasi ke satu generasi.
Menurut Syair Awang Semaun, ketika Brunei diperintah oleh Awang Alak Betatar, Batara Majapahit yang bernama Raden Angsuka Dewa telah datang ke Brunei untuk mengadakan perlawanan bersabung ayam. Raden Angsuka Dewa mempunyai seekor ayam sabung yang perkasa diberi nama Asmara dan telah banyak mengalahkan ayam sabung dari negeri-negeri yang lain. Mamandangkan di Brunei juga terdapat ayam sabung yang perkasa, dipunyai oleh Awang Senuai iaitu anak saudara Awang Alak Betatar. Ayam tersebut diberi nama Mutiara, maka Ratu Majapahit telah menyatakan kepada Raja Brunei untuk mengadakan perlawanan bersabung ayam.
Dalam perlawanan itu Betara Majapahit telah membuat pertaruhan iaitu jika ayamnya kalah, baginda akan menyerahkan 40 buah kapal serta isi harta di dalamnya kepada Raja Brunei dan sebaliknya jika ayam Raja Brunei kalah, Raja Brunei hendaklah menyerahkan sebahagian daripada wilayah kekuasaan baginda kepada Majapahit.
Dalam persabungan itu ayam Ratu Majapahit telah kalah dan terbang melarikan diri, lalu jatuh ke laut berdekatan dengan Pantai Muara dan seterusnya menjadi batu, dikenali dengan nama Pilong-Pilongan. Kekalahan ini menyebabkan Ratu Majahapit merasa malu dan murka lalu menyumpah Mutiara menjadi batu. Akibat sumpahan itu, Mutiara yang sedang terbang telah jatuh ke Sungai Brunei dan menjadi batu yang seakan-akan menjadi sebuah pulau kecil dan dikenali dengan nama Lumut Lunting. Kedua-dua tempat ini, Pulau Pilong-Pilongan dan Lumut Lunting masih kekal dan dapat dilihat sehingga sekarang.
Menurut cerita orang tua-tua, Lumut Lunting ini dipercayai boleh menjadi satu tanda alamat kepada Negeri Brunei, iaitu sekiranya akan berlaku sesuatu peristiwa yang mendukacitakan menimpa Negeri Brunei, menurut kepercayaan, pulau ini tiba-tiba akan ghaib atau hilang. Menurut cerita lain pula jika Lumut Lunting dilanda banjir, adalah juga dipercayai sebagai petunjuk bahawa sesuatu peristiwa yang mendukacitakan akan berlaku ke atas Negeri Brunei.Bagaimanapun itu adalah sebagai kepercayaan sahaja semata-mata. Sesungguhnya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui

Ahad, 12 Oktober 2008

Bandar Seri Begawan





Buat permulaan ani, di sini , aku mengambil kesampatan untuk mengucapkan tahniah, sempena 38 tahun penukaran nama ibu Negara ketani, dari Bandar Brunei ke Bandar Seri Begawan pada 4hb October yang lapas. Inda jua dilupakan, Masjid SOAS, sempena Jubli emas nya pada 29hb September 2008 yang lalu. Iatah menunjukan Negara ketani ani semakin maju dan makmur.