Sukan Kitani

Sukan Kitani
~KLIK~ Mempromosi Semua Kegiatan Sukan Negara Brunei Darussalam ~ KLIK~

Fes-Retro

Fes-Retro
One Stop Football Store

Rabu, 21 Oktober 2009

Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam Lancar Tabung Derma


Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) telah membentuk sebuah Jawatankuasa peringkat nasional bagi menguruskan pengendalian Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Indonesia dan Ribut Filipina yang ditubuhkan kerajaan pada 10 Oktober lalu.

Penubuhan jawatankuasa itu adalah inisiatif persekutuan bagi meneruskan hasrat kerajaan membantu orang yang dalam kesusahan terutama rakyat Indonesia yang menderita akibat gegaran gempa bumi baru-baru ini dan juga membantu mangsa ribut di Filipina.
Tabung kemanusiaan bencana alam itu ditempatkan di beberapa lokasi tempat di kompleks ibu pejabat iaitu lobi, restoran, balai ibadah dan di ibu pejabat PPNBD.

Usaha itu juga akan diteruskan dengan mengadakan projek jualan murah "Jumble Sale" yang akan berlangsung pada Disember depan di kawasan Bangunan Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Brunei di Beribi, kata kenyataan yang dikeluarkan Persekutuan itu hari ini.
Selain itu Persatuan Pengakap Daerah Brunei dan Muara, Tutong, dan Belait juga akan menganjurkan kegiatan kutipan derma secara individu mengikut daerah.

Kenyataan itu dikeluarkan sempena majlis pelancaran kutipan derma kemanusiaan Palestin pada hari ini di Kompleks Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darusslaam.

Tiada ulasan: