Sukan Kitani

Sukan Kitani
~KLIK~ Mempromosi Semua Kegiatan Sukan Negara Brunei Darussalam ~ KLIK~

Fes-Retro

Fes-Retro
One Stop Football Store

Rabu, 7 Oktober 2009

Jerayawara Penyediaan Pelan Induk Kemajuan Bandar Seri Begawan

Pelan Induk Bandar Seri Begawan yang meliputi kawasan perbandaran baru dengan keluasan 100.36 kilometer persegi akan dijadikan panduan perancangan dan pelaksanaan yang komprehensif ibu negara pada masa akan datang.

Pelan induk itu juga bertujuan memastikan kemajuan dan perkembangan kawasan Bandar Seri Begawan lebih terarah, tersusun serta berdaya saing bagi jangka masa sederhana dan jangka panjang.

Penyediaan pelan induk itu adalah salah satu inisiatif penting secara bersepadu di bawah pelan tindakan utama Jawatankuasa Perancangan dan Kemajuan Perbandaran Bandar Seri Begawan, katanya ketika melancarkan jerayawara Penyediaan Pelan Induk Kemajuan Bandar Seri Begawan hari ini.

Pelan induk itu menggariskan perkembangan dan kemajuan strategik yang dijadikan peta jalan bagi mencapai hasrat menjadikan Bandar Seri Begawan sebuah bandar raya dinamik setanding dengan bandar raya serantau.

Penyediaan pelan itu bagi mencapai strategi perkembangan dan kemajuan perbandaran Bandar Seri Begawan seperti menjadikannya bandar raya, memantapkan imej sebagai tempat selamat, mesra dan selesa di samping menjadikannya pusat pemerintahan dan pentadbiran.

Lembaga Bandaran BSB dan jabatan kerajaan yang lain serta pihak swasta menghadapi pelbagai isu dan cabaran yang perlu ditangani secara bersepadu seperti perbezaan pusat bandar dengan kawasan komersial seperti Gadong, Kiulap dan Serusop yang semakin pesat membangun dan aktiviti perniagaannya.

Pelan induk itu diharap dapat merancang dan mencadangkan pelan tindakan dalam meningkatkan aktiviti perekonomian, perniagaan dan sepertinya kerana kelemahan penyelarasan kemajuan Bandar Seri Begawan juga satu cabaran yang perlu diatasi bersama, katanya.

Perkembangan dan usaha menaik taraf Kampung Ayer merupakan satu lagi cabaran yang perlu ditangani bersama bagi memastikan kampung tradisi itu tidak ketinggalan dengan arus perkembangan dan kemajuan negara dan juga meminta supaya kementerian, jabatan kerajaan yang berkenaan, pemegang kepentingan, pihak swasta dan orang ramai memberikan kerjasama mengenal pasti masalah, isu dan cabaran yang menghalang kemajuan Bandar Seri Begawan dengan Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan.

Sementara itu kaji selidik mengenai keselesaan hidup yang dibuat oleh majalah AsiaWeek tahun 1998 dan 2000 menempatkan Bandar Seri Begawan di tempat kelapan dan ketujuh terbaik di Asia manakala kajian mengikut standard pengiktirafan antarabangsa seperi World Map of Happiness meletakkan Brunei di kedudukan kesembilan. Pencapaian itu merupakan pengaktifan antarabangsa yang sangat tinggi nilainya dan ini jelas membuktikan Bandar Seri Begawan dan negara ini mampu bersaing dengan bandar raya utama di Asia, jelasnya. Bagi membolehkan projek penyediaan Pelan Induk Bandar Seri Begawan dipantau dengan berkesan, beberapa jawatankuasa ditubuhkan terdiri daripada pihak kerajaan dan swasta dalam pelbagai sektor seperti dari aspek perancangan dan infrastruktur, tambahnya.

Jerayawara itu diadakan bagi mendedahkan kepada orang ramai, khususnya pihak yang berkepentingan dalam pembangunan dan kemajuan Bandar Seri Begawan mengenai pelan induk yang disediakan konsultan HOK International (Asia Pasific) Ltd.

Pelan induk itu pelan kemajuan komprehensif dan bersepadu yang disediakan bagi tujuan menyelaraskan hala tuju dan strategi pembangunan Bandar Seri Begawan dengan mengambil kira aspek sosioekonomi, kependudukan dan pekerjaan dan guna tanah

Tiada ulasan: