Sukan Kitani

Sukan Kitani
~KLIK~ Mempromosi Semua Kegiatan Sukan Negara Brunei Darussalam ~ KLIK~

Fes-Retro

Fes-Retro
One Stop Football Store

Rabu, 7 Oktober 2009

Majlis tahlil sempena ulang tahun Bandar Seri Begawan




Pada 39 tahun yang lalu pada hari ini, 4 Oktober 1970, adalah detik bersejarah bagi Brunei apabila nama Bandar Brunei ditukar kepada Bandar Seri Begawan.
Bagi membuka acara memperingati saat bersejarah itu, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan mengadakan Majlis Bertahlil bagi Almarhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit hari ini.

Yang mengepalai bacaan Surah Yasin, Tahlil dan seterusnya membaca doa arwah pada majlis yang diadakan di Kubah Makam Diraja Brunei itu ialah pegawai Kewangan Bandaran, Mohd Ali Haji Abdul Kahar.

Selain dihadiri pegawai dan kakitangan Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, majlis itu turut dihadiri pengerusi Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan, Pengiran Haji Mohammad Ali Pengiran Haji Othman serta anggota Majlis Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan.

Tiada ulasan: