Sukan Kitani

Sukan Kitani
~KLIK~ Mempromosi Semua Kegiatan Sukan Negara Brunei Darussalam ~ KLIK~

Fes-Retro

Fes-Retro
One Stop Football Store

Rabu, 7 Oktober 2009

FIFA umum gantung BAFA



Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (BAFA) dikenakan penggantungan oleh FIFA kerana dakwaan campur tangan kerajaan dalam hal ehwalnya, badan pentadbir bola sepak dunia berkata hari ini.
"Ia bermula dengan keputusan pihak berkuasa Brunei untuk membubarkan BAFA dan menggantikannya dengan federasi baru pada Disember 2008," FIFA berkata dalam kenyataan seperti yang dilaporkan oleh agensi berita AFP.

Penggantungan itu, yang dihubungkan secara global, bermakna Brunei dan kelabnya tidak dapat mengambil bahagian dalam pertandingan antarabangsa.

Sebuah kelab Brunei, DPMM, sedang menyertai Liga-S Singapura, tetapi tidak akan dibenarkan menyertainya.

Penggantungan itu hanya akan dipulihkan apabila BAFA dikembalikan semula oleh kerajaan, lapor AFP.

Sementara itu kelab Bola sepak DPMM FC berkata belum menerima sebarang surat rasmi dari Persatuan Bola sepak Singapura (FAS) berhubung dengan isu penggantungan penyertaan pasukan itu dari meneruskan atau sebaliknya dalam kancah Liga S.

Ia berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh FIFA untuk mengantungkan penyertaan pasukan dan kelab bola sepak Brunei dari menyertai mana-mana perlawanan bola sepak antarabangsa gara-gara pembubaran Persatuan Bola Sepak Brunei (BAFA), hari ini.

BAFA selaku badan induk persatuan bola sepak kebangsaan telah pun dibubarkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan-Pertubuhan dan Persekutuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FFBD) didaftarkan selaku badan induk berkenaan yang baru.

Bagaimanapun difahami, FFBD setakat ini belum lagi diterima menjadi anggota FIFA bagi menggantikan BAFA yang telah dibubarkan, sekali gus membantutkan penyertaan pasukan bola sepak negara dalam perlawanan-perlawanan bola sepak antarabangsa di bawah kelolaan FIFA.


Berita ani memang mengajutkan kketani. Ani boleh menyebabkan terbantutnya aktiviti bula di negara ketani. Semoga ada jalan penyelasaiaan yang segera...:(

Tiada ulasan: