Sukan Kitani

Sukan Kitani
~KLIK~ Mempromosi Semua Kegiatan Sukan Negara Brunei Darussalam ~ KLIK~

Fes-Retro

Fes-Retro
One Stop Football Store

Ahad, 18 Oktober 2009

Makam Raja Ayang Di Bandar Seri Begawan

DAHULU....



Setahun yang lalu, kadiaku ada menulis mengenai dengan Makam Dang Ayang atau lebih dikenali sebagai Makam Raja Ayang. Ketika atu ianya ditutup, tapi sekarang ianya sudah pun siap pengubahsuaian nya...

Menurut sejarahnya...Raja Ayang ani adalah dua orang keluarga Diraja Brunei yang rupawan dan tampan,telah melakukan perbuatan yang menyalahi hukum islam, yang mana perepuan tersebut termasyhur dengan nama 'Raja Ayang', maka atas titah perintah Sultan Sulaiman(T.M 1432-1485), sultan yang termasyhur warak dan berpegang teguh kepada undang-undang islam kepada sesiapa sahaja yang melanggar hukum islam akan dihukum setiap perbuatannya.Mereka pun dihukum menurut-undang-undang islam, tetapi hukuman terhadap mereka itu diubah daripada yang lain,iaitu mendiami disatu tempat yang disifatkan sebagai rumah dalam tanah yang dibekalkan dengan keperluan secukupnya, termasuk makanan yang secukupnya, serombongan pernafasan. Ada juga disebutkan sebagai dalam gua dan mempunyai dayang istana.

Dengan bisainya sudah makam ani,diharap ianya akan menjadi satu pengajaran dan pedoman kepada sesiapa yang menghargainya...

Tiada ulasan: