Rabu, 21 Oktober 2009
Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam Lancar Tabung Derma
Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) telah membentuk sebuah Jawatankuasa peringkat nasional bagi menguruskan pengendalian Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Indonesia dan Ribut Filipina yang ditubuhkan kerajaan pada 10 Oktober lalu.
Penubuhan jawatankuasa itu adalah inisiatif persekutuan bagi meneruskan hasrat kerajaan membantu orang yang dalam kesusahan terutama rakyat Indonesia yang menderita akibat gegaran gempa bumi baru-baru ini dan juga membantu mangsa ribut di Filipina.
Tabung kemanusiaan bencana alam itu ditempatkan di beberapa lokasi tempat di kompleks ibu pejabat iaitu lobi, restoran, balai ibadah dan di ibu pejabat PPNBD.
Usaha itu juga akan diteruskan dengan mengadakan projek jualan murah "Jumble Sale" yang akan berlangsung pada Disember depan di kawasan Bangunan Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Brunei di Beribi, kata kenyataan yang dikeluarkan Persekutuan itu hari ini.
Selain itu Persatuan Pengakap Daerah Brunei dan Muara, Tutong, dan Belait juga akan menganjurkan kegiatan kutipan derma secara individu mengikut daerah.
Kenyataan itu dikeluarkan sempena majlis pelancaran kutipan derma kemanusiaan Palestin pada hari ini di Kompleks Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darusslaam.
Ahad, 18 Oktober 2009
Makam Raja Ayang Di Bandar Seri Begawan
DAHULU....
Setahun yang lalu, kadiaku ada menulis mengenai dengan Makam Dang Ayang atau lebih dikenali sebagai Makam Raja Ayang. Ketika atu ianya ditutup, tapi sekarang ianya sudah pun siap pengubahsuaian nya...
Menurut sejarahnya...Raja Ayang ani adalah dua orang keluarga Diraja Brunei yang rupawan dan tampan,telah melakukan perbuatan yang menyalahi hukum islam, yang mana perepuan tersebut termasyhur dengan nama 'Raja Ayang', maka atas titah perintah Sultan Sulaiman(T.M 1432-1485), sultan yang termasyhur warak dan berpegang teguh kepada undang-undang islam kepada sesiapa sahaja yang melanggar hukum islam akan dihukum setiap perbuatannya.Mereka pun dihukum menurut-undang-undang islam, tetapi hukuman terhadap mereka itu diubah daripada yang lain,iaitu mendiami disatu tempat yang disifatkan sebagai rumah dalam tanah yang dibekalkan dengan keperluan secukupnya, termasuk makanan yang secukupnya, serombongan pernafasan. Ada juga disebutkan sebagai dalam gua dan mempunyai dayang istana.
Dengan bisainya sudah makam ani,diharap ianya akan menjadi satu pengajaran dan pedoman kepada sesiapa yang menghargainya...

Rabu, 7 Oktober 2009
FIFA umum gantung BAFA
Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (BAFA) dikenakan penggantungan oleh FIFA kerana dakwaan campur tangan kerajaan dalam hal ehwalnya, badan pentadbir bola sepak dunia berkata hari ini.
"Ia bermula dengan keputusan pihak berkuasa Brunei untuk membubarkan BAFA dan menggantikannya dengan federasi baru pada Disember 2008," FIFA berkata dalam kenyataan seperti yang dilaporkan oleh agensi berita AFP.
Penggantungan itu, yang dihubungkan secara global, bermakna Brunei dan kelabnya tidak dapat mengambil bahagian dalam pertandingan antarabangsa.
Sebuah kelab Brunei, DPMM, sedang menyertai Liga-S Singapura, tetapi tidak akan dibenarkan menyertainya.
Penggantungan itu hanya akan dipulihkan apabila BAFA dikembalikan semula oleh kerajaan, lapor AFP.
Sementara itu kelab Bola sepak DPMM FC berkata belum menerima sebarang surat rasmi dari Persatuan Bola sepak Singapura (FAS) berhubung dengan isu penggantungan penyertaan pasukan itu dari meneruskan atau sebaliknya dalam kancah Liga S.
Ia berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh FIFA untuk mengantungkan penyertaan pasukan dan kelab bola sepak Brunei dari menyertai mana-mana perlawanan bola sepak antarabangsa gara-gara pembubaran Persatuan Bola Sepak Brunei (BAFA), hari ini.
BAFA selaku badan induk persatuan bola sepak kebangsaan telah pun dibubarkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan-Pertubuhan dan Persekutuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FFBD) didaftarkan selaku badan induk berkenaan yang baru.
Bagaimanapun difahami, FFBD setakat ini belum lagi diterima menjadi anggota FIFA bagi menggantikan BAFA yang telah dibubarkan, sekali gus membantutkan penyertaan pasukan bola sepak negara dalam perlawanan-perlawanan bola sepak antarabangsa di bawah kelolaan FIFA.
Berita ani memang mengajutkan kketani. Ani boleh menyebabkan terbantutnya aktiviti bula di negara ketani. Semoga ada jalan penyelasaiaan yang segera...:(
BSB menuju visi 'bandar dalam taman'
Dalam tempoh lima tahun dari sekarang Bandar Seri Begawan akan berubah wajah menjadi ibu negara yang akan dihiasi dengan struktur bangunan yang bernilai tinggi tetapi tetap mengekalkan kehijauan pada persekitarannya supaya sesuai dengan gelaran 'Bandar Dalam Taman'.
Sejajar dengan hasrat itu lebih 100 pengarah dan pegawai kanan agensi kerajaan yang berkaitan hari ini bertemu bagi membincangkan dan merangka satu wawasan bagi wajah masa depan Bandar Seri Begawan.
Perbincangan itu dianjurkan oleh sekumpulan perunding yang dilantik oleh kerajaan untuk menyediakan pelan induk yang akan dijadikan garis pandu dalam usaha merubah Bandar Seri Begawan menjadi sebuah bandar raya yang lebih mantap dan dinamik, yang mempunyai ciri bandar raya moden serta dilengkapi rangkaian pengangkutan yang cekap dan persekitaran yang berdaya saing tetapi mengekalkan ciri unik negara ini melalui konsep Falsafah Melayu Islam Beraja.
Menurut seorang peserta bengkel yang enggan disiarkan namanya antara perancangan menarik yang dibincangkan pada bengkel itu termasuk langkah untuk merombak kembali sistem pengangkutan sedia ada untuk menjadikan Bandar Seri Begawan lebih mesra pejalan kaki dengan mengadakan lebih banyak laluan pejalan kaki dan lorong basikal yang lebih selesa dan selamat.
Turut diutarakan pada sesi itu ialah cadangan supaya diadakan beberapa tempat rekreasi seperti sukan air yang diyakini dapat merangsang kembali kesegaran Bandar Seri Begawan.
Lebih 60 cadangan dan pandangan yang bernas berjaya dikupas daripada wakil sektor kerajaan sepanjang pertemuan sehari suntuk itu yang merangkumi isu wawasan landskap hingga cadangan untuk memperbaiki proses pentadbiran negara supaya dapat terus mengetengahkan Bandar Seri Begawan sebagai ibu negara Brunei yang boleh dimegahkan. Selain itu turut diberi perhatian ialah untuk menjadikan tempat bersejarah di negara ini sebagai satu daya tarikan pelancong antaranya daya tarikan sejarah yang terdapat Pulau Cermin yang diharap dapat merangsang lebih banyak kemasukan pelancong ke negara ini.
Jerayawara Penyediaan Pelan Induk Kemajuan Bandar Seri Begawan
Pelan Induk Bandar Seri Begawan yang meliputi kawasan perbandaran baru dengan keluasan 100.36 kilometer persegi akan dijadikan panduan perancangan dan pelaksanaan yang komprehensif ibu negara pada masa akan datang.
Pelan induk itu juga bertujuan memastikan kemajuan dan perkembangan kawasan Bandar Seri Begawan lebih terarah, tersusun serta berdaya saing bagi jangka masa sederhana dan jangka panjang.
Penyediaan pelan induk itu adalah salah satu inisiatif penting secara bersepadu di bawah pelan tindakan utama Jawatankuasa Perancangan dan Kemajuan Perbandaran Bandar Seri Begawan, katanya ketika melancarkan jerayawara Penyediaan Pelan Induk Kemajuan Bandar Seri Begawan hari ini.
Pelan induk itu menggariskan perkembangan dan kemajuan strategik yang dijadikan peta jalan bagi mencapai hasrat menjadikan Bandar Seri Begawan sebuah bandar raya dinamik setanding dengan bandar raya serantau.
Penyediaan pelan itu bagi mencapai strategi perkembangan dan kemajuan perbandaran Bandar Seri Begawan seperti menjadikannya bandar raya, memantapkan imej sebagai tempat selamat, mesra dan selesa di samping menjadikannya pusat pemerintahan dan pentadbiran.
Lembaga Bandaran BSB dan jabatan kerajaan yang lain serta pihak swasta menghadapi pelbagai isu dan cabaran yang perlu ditangani secara bersepadu seperti perbezaan pusat bandar dengan kawasan komersial seperti Gadong, Kiulap dan Serusop yang semakin pesat membangun dan aktiviti perniagaannya.
Pelan induk itu diharap dapat merancang dan mencadangkan pelan tindakan dalam meningkatkan aktiviti perekonomian, perniagaan dan sepertinya kerana kelemahan penyelarasan kemajuan Bandar Seri Begawan juga satu cabaran yang perlu diatasi bersama, katanya.
Perkembangan dan usaha menaik taraf Kampung Ayer merupakan satu lagi cabaran yang perlu ditangani bersama bagi memastikan kampung tradisi itu tidak ketinggalan dengan arus perkembangan dan kemajuan negara dan juga meminta supaya kementerian, jabatan kerajaan yang berkenaan, pemegang kepentingan, pihak swasta dan orang ramai memberikan kerjasama mengenal pasti masalah, isu dan cabaran yang menghalang kemajuan Bandar Seri Begawan dengan Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan.
Sementara itu kaji selidik mengenai keselesaan hidup yang dibuat oleh majalah AsiaWeek tahun 1998 dan 2000 menempatkan Bandar Seri Begawan di tempat kelapan dan ketujuh terbaik di Asia manakala kajian mengikut standard pengiktirafan antarabangsa seperi World Map of Happiness meletakkan Brunei di kedudukan kesembilan. Pencapaian itu merupakan pengaktifan antarabangsa yang sangat tinggi nilainya dan ini jelas membuktikan Bandar Seri Begawan dan negara ini mampu bersaing dengan bandar raya utama di Asia, jelasnya. Bagi membolehkan projek penyediaan Pelan Induk Bandar Seri Begawan dipantau dengan berkesan, beberapa jawatankuasa ditubuhkan terdiri daripada pihak kerajaan dan swasta dalam pelbagai sektor seperti dari aspek perancangan dan infrastruktur, tambahnya.
Jerayawara itu diadakan bagi mendedahkan kepada orang ramai, khususnya pihak yang berkepentingan dalam pembangunan dan kemajuan Bandar Seri Begawan mengenai pelan induk yang disediakan konsultan HOK International (Asia Pasific) Ltd.
Pelan induk itu pelan kemajuan komprehensif dan bersepadu yang disediakan bagi tujuan menyelaraskan hala tuju dan strategi pembangunan Bandar Seri Begawan dengan mengambil kira aspek sosioekonomi, kependudukan dan pekerjaan dan guna tanah

Majlis tahlil sempena ulang tahun Bandar Seri Begawan
Pada 39 tahun yang lalu pada hari ini, 4 Oktober 1970, adalah detik bersejarah bagi Brunei apabila nama Bandar Brunei ditukar kepada Bandar Seri Begawan.
Bagi membuka acara memperingati saat bersejarah itu, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan mengadakan Majlis Bertahlil bagi Almarhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit hari ini.
Yang mengepalai bacaan Surah Yasin, Tahlil dan seterusnya membaca doa arwah pada majlis yang diadakan di Kubah Makam Diraja Brunei itu ialah pegawai Kewangan Bandaran, Mohd Ali Haji Abdul Kahar.
Selain dihadiri pegawai dan kakitangan Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, majlis itu turut dihadiri pengerusi Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan, Pengiran Haji Mohammad Ali Pengiran Haji Othman serta anggota Majlis Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan.
Berehat....For Raya-ing.....
Sorry yerr...lama tak update blog ni, maklumlah ketani masih dalam bulan Syawal 1430H, faham-faham tah...banyak rumah terbuka kan di aga. Walau bagaimanapun, bulan boleh lah mula blogging skit,banyak aktivitikan dibuat, diantaranya Majlis sambutan ulang tahun penukaran nama Bandar Brunei menjadi Bandar Seri Begawan ke 39 tahun... So, sibuk jua lah...mana lagi acara Raya-ing ani....
Anyway, tungguuuuu.....
Maaf Zahir Batin
Anyway, tungguuuuu.....
Maaf Zahir Batin
Langgan:
Catatan (Atom)