Sukan Kitani

Sukan Kitani
~KLIK~ Mempromosi Semua Kegiatan Sukan Negara Brunei Darussalam ~ KLIK~

Fes-Retro

Fes-Retro
One Stop Football Store

Rabu, 8 April 2009

Ristaan Jambatan Edinburgh


Jambatan Edinburgh adalah mengambil nama sempena lawatan pertama kali Yang Teramat Mulia Duke of Edinburgh ke Brunei dalam tahun 1959. Jambatan ini menyeberangi Sungai Kedayan yang menghubungkan dari Bandar Brunei ke Tutong dan Kuala Belait. Pembukaan rasminya telah disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Duke of Edinburgh selaku Tetamu Diraja itu sendiri pada 28 Februari 1959 jam 3.26 petang. Ia merupakan salah sebuah daripada empat buah jambatan yang dibina oleh Kerajaan yang menelan belanja sebanyak $2,219,000.00 di bawah peringkat pertama rancangan jalan dan jambatan yang menelan belanja kira-kira $70,000,000.00. Ianya adalah antara usaha baginda Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien dalam membaiki dan mempertingkatkan lagi perkhidmatan sosial di Negeri Brunei pada tahun 1950-an.

Tiada ulasan: