Sukan Kitani

Sukan Kitani
~KLIK~ Mempromosi Semua Kegiatan Sukan Negara Brunei Darussalam ~ KLIK~

Fes-Retro

Fes-Retro
One Stop Football Store

Khamis, 30 April 2009

Bubungan Dua Belas


Bubungan Dua Belas merupakan antara bangunan dianggap bersejarah di negara ini. Bangunannya terletak di lereng Bukit Subok, Jalan Residency dan jaraknya dari pusat bandar ialah kurang lebih 1½ kilometer. Bangunan ini dinamakan Bubungan Dua Belas kerana ia mempunyai dua belas bumbung yang bertingkat-tingkat. Ia didirikan setelah bermulanya sistem pentadbiran Residen British di Brunei sejak tahun 1906. Pada mulanya bangunan ini merupakan tempat kediaman rasmi bagi Mr. MacArthur, Residen British yang pertama di Brunei. Di sekitar kawasan bangunan ini sebelumnya juga menempatkan antaranya Pusat Pentadbiran, Balai Polis, Head Quarters Kakitangan Kerajaan dan lain-lain lagi. Pembinaan bangunan ini mula dilaksanakan dalam bulan Julai 1907 dan kontraktornya pula telah didatangkan dari luar negeri. Manakala para pekerja buruh adalah terdiri daripada anak-anak tempatan. Peralatan bagi pembinaan bangunan didatangkan dari Sandakan, Sabah. Bangunan Bubungan Dua Belas ini masih kekal hingga kini dengan tidak banyak mengalami perubahan dan sekarang ianya di bawah Pemuliharaan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Tiada ulasan: