Sukan Kitani

Sukan Kitani
~KLIK~ Mempromosi Semua Kegiatan Sukan Negara Brunei Darussalam ~ KLIK~

Fes-Retro

Fes-Retro
One Stop Football Store

Ahad, 29 Mac 2009

Brawn GP stun Formula 1 world

Jenson Button, Rubens Barrichello and Brawn GP created a slice of history with a one-two in the Australian GP.
For the first time since 1954 when the legendary Juan Manuel Fangio led home Karl Kling for Mercedes in the French Grand Prix, a debut team captured the top two places in a race.
It was a relatively easy day for Button, a walk in Albert Park you could say, as he led from start to finish for only the second win of his 154-race career.
However, for veteran Barrichello it was an eventful day as he was initially involved in a first-corner melee.
After surviving that, he only took the runner-up spot thanks to Sebastian Vettel and Robert Kubica colliding three laps from home when running second and third.
Toyota's Jarno Trulli, who had started in the pit lane along with team-mate Timo Glock after their cars were yesterday deemed to be using illegal flexi wings, finished third with the German fifth.
The duo sandwiched Lewis Hamilton, who produced a world champion's drive from 18th in a woefully under-performing McLaren.
The race, as expected, started as dramatically as it finished, and it was thanks to Barrichello who suffered a poor getaway, which led to him being swallowed up by a number of cars.
On the run down to the first corner, as Barrichello attempted to pass down the inside of BMW Sauber's Nick Heidfeld, he collided into the German, sparking a domino effect.
Heidfeld in turn sideswiped Red Bull's Mark Webber, who then caught the McLaren of Heikki Kovalainen and Adrian Sutil in his Force India.
Remarkably, of the five involved in the incident, only Barrichello managed to avoid returning to the pits, and for Kovalainen it was terminal as he was forced to retire.
The accident was perfect for Hamilton, though, as it allowed him to make up six places on the first lap.
The chaos behind him allowed Button to comfortably pull away, and by the end of lap 17 he had built up a lead of nearly 35 seconds, albeit he had yet to pit.
That became crucial as on lap 18 Kazuki Nakajima caught a kerb coming out of the left-hander turn four, sending him careering nose first into a wall.
It then became a question of how quickly the safety car would be deployed as Nakajima's car was strewn across the track.
In the past, when such an incident has occurred, the stewards have swiftly acted, but on this occasion there was a considerable delay.
Whatever the reason, it worked in Button's favour as he was able to mercifully make his stop, moments prior to the safety car finally being sent out, even if his lead had been whittled down to nothing.
But by the time of his second stop on lap 46, he had built up such a cushion again that he comfortably emerged ahead of second-placed Vettel.
In the minutes preceding that, Ferrari's woeful weekend continued as 2007 world champion Kimi Raikkonen was seen sliding across the track before kissing a wall with both tyres on the right side of his car.
The Finn was able to continue, but was a long way down the field at that stage, ultimately retiring shortly before the finish, a fate that also befell Massa.
Last year's runner-up slowed to a trundle on lap 46, just making it back to the garage where he forlornly watched the remainder of the race unfold, and it ended dramatically.
With just three laps remaining, with Vettel and Kubica dicing for second place, the Pole attempted to pass the German around the outside of a right-hand turn.
They inevitably collided, resulting in the Red Bull losing its front wing, and with the BMW Sauber's severely damaged.
Vettel soon collided into a wall, almost losing his left front wheel, whilst Kubica crashed out as he tried to continue.
It led to the deployment of the safety car for the second time, and behind it they virtually finished the race as it pulled in prior to the final corner.
Moments later the flag came down on a stunning victory for Brawn GP and Button.

Jumaat, 27 Mac 2009

EARTH HOUR...on 28th March 2009

TIDAK perlu jeritan, laungan atau perarakan untuk memperjuangkan sesuatu agenda. Tahukah anda, satu langkah mudah mampu memberi perubahan besar dan mungkin boleh dianggap paling efektif? Inilah keunikan kempen Earth Hour yang giat dipromosikan ketika ini.

Seruan kempen Earth Hour amat mudah. Pada 28 Mac ini, mulai jam 8.30 malam, anda cuma perlu memadamkan suis lampu untuk tempoh sejam. Apa yang penting, ialah simbolik perbuatan ini serta mesej yang ingin disampaikan kepada pihak berkepentingan di seluruh dunia.

Bagi individu yang menganggap perjuangan memelihara alam sekitar bukan tanggungjawab mereka, mungkin tidak terasa impak kempen ini. Namun, bagi insan prihatin dengan isu alam sekitar, Earth Hour pasti disambut baik.

Earth Hour adalah program tahunan sedunia yang dianjurkan Tabung Alam Sedunia (WWF) pada setiap Sabtu ketiga bulan Mac. Melalui kempen ini, orang ramai diminta memadamkan suis lampu atau kelengkapan elektrik yang lain bagi tempoh sejam. Ini bertujuan meningkatkan kesedaran perlunya tindakan segera diambil dalam menghadapi perubahan iklim dunia.

Kempen ini dipelopori WWF Australia dan akhbar Sydney Morning Herald pada 2007. Sejak itu, kempen ini semakin mendapat sokongan dunia hingga pada tahun lalu, sejumlah 50 juta penduduk dunia menyertainya.

Paling menarik, mercu tanda popular dunia seperti Golden Gate Bridge di San Francisco, Amerika Syarikat (AS); Colosseum di Rome; Sydney Opera House di Sydney, Australia dan papan tanda Coca Cola di Times Square di New York bergelap selama sejam.

Pada penganjurannya tahun lalu, lebih 400 bandar dari tujuh benua mengambil bahagian. Dilaporkan, laman web rasmi Earth Hour menerima kunjungan lebih 6.7 juta pelawat kira-kira seminggu menghampiri Earth Hour. Enjin pencarian popular, Google juga menggelapkan laman webnya sebagai tanda sokongan.

Seiring isu pemanasan global yang kerap diperkatakan, Earth Hour 2009 bakal mencatat sejarah kerana membabitkan proses pengundian pada skala besar penduduk dunia. Inilah julung kali, penduduk dunia tanpa mengira usia, keturunan, etnik dan agama berpeluang mengundi dengan hanya memadamkan suis lampu yang berfungsi bagai kertas undi.

Melalui kempen ini, pengundi bebas memilih untuk memadamkan lampu jika mahu menyelamatkan bumi atau membiarkan ia bernyala jika memilih bumi terus menjadi mangsa pemanasan global. Semua ini perlu dilakukan dalam tempoh sejam.

WWF mengajak penduduk dunia mengundi bumi bagi mencapai sasaran satu bilion undi yang akan dibentangkan kepada pemimpin dunia di Persidangan Perubahan Iklim Global (Global Climate Change Conference), di Copenhagen, Denmark, tidak lama lagi.

Persidangan itu bakal menentukan polisi kerajaan untuk bertindak terhadap ancaman pemanasan global menggantikan Protokol Kyoto. Inilah peluang bagi penduduk dunia menyatakan suara hati mereka.

Penganjur Earth Hour 2009 mensasarkan satu bilion penyertaan penduduk dunia. Undi yang diberi kepada bumi adalah seruan kepada penduduk dunia melakukan sesuatu demi menjamin masa depan planet ini. Mengikut laporan yang dikeluarkan WWF tahun lalu, kesan pemanasan global sekarang lebih cepat berkembang daripada apa yang diramal kumpulan saintis terkemuka dunia.
Sebagai penghuni bumi yang prihatin, apa kata padamkan lampu anda bagi tempoh sejam mulai jam 8.30 malam 28 Mac ini.

Sebaik memulakan langkah pertama, banyak lagi perkara lain yang anda boleh lakukan. Antaranya, mendaftar dengan penganjur Earth Hour. Anda akan menerima tip dan panduan berguna dalam mengurangkan pelepasan karbon dioksida dalam kehidupan seharian. Maklumat ini kemudian boleh disebarkan kepada keluarga dan kenalan.

Selain itu, individu yang mendaftarkan diri boleh berkongsi cerita mengenai kesan perubahan iklim kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat serta bagaimana setiap orang boleh menyumbang.
Sehubungan itu, semua pihak termasuk jejaka macho yang masih memiliki rasa sayang terhadap bumi, boleh menyokong kempen Earth Hour dengan melayari laman web www.earthhour.org Tunaikan tanggungjawab anda sebagai penduduk dunia yang prihatin!

INFO:

  • Menurut WWF Thailand, bandaraya Bangkok dapat mengurangkan penggunaan elektrik sehingga 73.34 megawatt bersamaan 41.6 tan karbon dioksida pada Earth Hour tahun lalu.

  • Toronto, Kanada menjimatkan 900 megawatt elektrik dalam sejam.

  • Ireland berjaya mengurangkan penggunaan elektrik sebanyak 1.5 peratus pada malam itu.

  • Di Dubai, lampu yang menerangi kebanyakan kawasan dipadamkan manakala lampu jalan dimalapkan hingga 50 peratus. Hasilnya, 100 megawatt sejam elektrik dijimatkan.

Rabu, 25 Mac 2009

Sedang Bercuti

Assalamualaikum, sorry yer...hampir 2 minggu tak update blog. Untuk makluman biskita semua, saya sedang bercuti untuk mengumpul bahan-bahan untuk berita terkini, hiburan sensasi untuk tatapan biskita. Anyway, tunggu.......

Jumaat, 13 Mac 2009

Peristiwa Lumut Lunting Dan Pilong-Pilongan Versi Melayu

Pulau Lumut Lunting
Lumut Lunting terletak di antara Pulau Sibungur dengan Pulau Berambang di kawasan Sungai Brunei. Lumut Lunting adalah merupakan legenda yang dikaitkan mengenai dengan kisah persabungan ayam di antara Brunei dengan Majapahit seperti yang terdapat dalam Syair Awang Semaun. Cerita persabungan ayam ini telah menjadi cerita lisan yang terkenal di kalangan masyarakat Brunei dan dipertuturkan daripada satu generasi ke satu generasi.
Menurut Syair Awang Semaun, ketika Brunei diperintah oleh Awang Alak Betatar, Batara Majapahit yang bernama Raden Angsuka Dewa telah datang ke Brunei untuk mengadakan perlawanan bersabung ayam. Raden Angsuka Dewa mempunyai seekor ayam sabung yang perkasa diberi nama Asmara dan telah banyak mengalahkan ayam sabung dari negeri-negeri yang lain. Mamandangkan di Brunei juga terdapat ayam sabung yang perkasa, dipunyai oleh Awang Senuai iaitu anak saudara Awang Alak Betatar. Ayam tersebut diberi nama Mutiara, maka Ratu Majapahit telah menyatakan kepada Raja Brunei untuk mengadakan perlawanan bersabung ayam.
Dalam perlawanan itu Betara Majapahit telah membuat pertaruhan iaitu jika ayamnya kalah, baginda akan menyerahkan 40 buah kapal serta isi harta di dalamnya kepada Raja Brunei dan sebaliknya jika ayam Raja Brunei kalah, Raja Brunei hendaklah menyerahkan sebahagian daripada wilayah kekuasaan baginda kepada Majapahit.
Dalam persabungan itu ayam Ratu Majapahit telah kalah dan terbang melarikan diri, lalu jatuh ke laut berdekatan dengan Pantai Muara dan seterusnya menjadi batu, dikenali dengan nama Pilong-Pilongan. Kekalahan ini menyebabkan Ratu Majahapit merasa malu dan murka lalu menyumpah Mutiara menjadi batu. Akibat sumpahan itu, Mutiara yang sedang terbang telah jatuh ke Sungai Brunei dan menjadi batu yang seakan-akan menjadi sebuah pulau kecil dan dikenali dengan nama Lumut Lunting. Kedua-dua tempat ini, Pulau Pilong-Pilongan dan Lumut Lunting masih kekal dan dapat dilihat sehingga sekarang.
Menurut cerita orang tua-tua, Lumut Lunting ini dipercayai boleh menjadi satu tanda alamat kepada Negeri Brunei, iaitu sekiranya akan berlaku sesuatu peristiwa yang mendukacitakan menimpa Negeri Brunei, menurut kepercayaan, pulau ini tiba-tiba akan ghaib atau hilang. Menurut cerita lain pula jika Lumut Lunting dilanda banjir, adalah juga dipercayai sebagai petunjuk bahawa sesuatu peristiwa yang mendukacitakan akan berlaku ke atas Negeri Brunei.Bagaimanapun itu adalah sebagai kepercayaan sahaja semata-mata. Sesungguhnya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui

Rabu, 11 Mac 2009

Art Show by Aisyah Marsya


All of this art show, done by my 5 years old daughter, Siti Nur-Aisyah Marsya... O.K tak???

Isnin, 9 Mac 2009

Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW 1430/2009


Pegawai dari Jabatan Bandaran BSB

Kontinjen KHEDN & Jabatan Daerah Brunei/Muara

Hj Hasmadi...dari RTB

PW 1 Khairul...

Kontinjen Jabatan Penjara

Kontinjen Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam

Troop 1005

Wakil Jabatan Perancang Bandar & Desa

Mr Rosman dari JKR

Wakil dari JASTRE


Kengalihan kah???

Ahad, 8 Mac 2009

Sambutan Maulud Nabi SAW dalam kenangan

Berarak di sekitar Jalan Sultan

Pancaragam pun ada...:)

Mengimbas kenangan lama acara sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW sekitar tahun 59, 60an dan 70an berbeza dengan atur cara sambutan yang ada sekarang.


Sambutan dalam tahun 60an dimulakan dengan berjalan mengelilingi Bandar Brunei dari Padang Besar. Sekarang, perarakan dimulakan dari Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien.


Dahulu, peserta yang mengambil bahagian berdiri keliling padang sambil mendengarkan syarahan agama disampaikan Kadi Besar Jabatan Hal Ehwal Ugama, dan selesai sahaja syarahan, laungan selawat tiga kali ke atas Nabi Muhammad SAW, kemudian barulah pasukan berarak keluar mengelilingi Bandar Brunei.


Antara jalan-jalan yang dilalui peserta yang dimulakan oleh pancaragam pasukan Polis Diraja Brunei ialah Jalan Stoney, Jalan Sekolah St George, Jalan Sekolah SMJA, Jalan Tasek lama, Jalan Kianggeh, Jalan McArthur, Jalan Kampung Sultan Lama, Jalan Chavelier dan masuk semula ke padang besar.

Rabu, 4 Mac 2009

My Transcript Result

Syukur Alhamdullilah, akhirnya dapat jua ku meliat keputusan ku, ia tah ganya yang ku dapat ni, macamana, ok kah?? Ani menunggu yang basar ganya lagi ni, inda tau bila. O.K, terima kasih atas sokongan biskita semua, terutama sekali buat isteri dan anak-anak, ibubapa, adi beradi ku dan jua semua keluarga yang terlibat sama serta teman teman.... yang inda dapat disebutkan nama-nama durang. Sekali lagi. TERIMA KASIH semuanya...