Sukan Kitani

Sukan Kitani
~KLIK~ Mempromosi Semua Kegiatan Sukan Negara Brunei Darussalam ~ KLIK~

Fes-Retro

Fes-Retro
One Stop Football Store

Selasa, 20 September 2011

Asal Usul Angry Bird....hahahaha

Hahahahaha.......jangan marah yea......

Hanya rekaan semata-mata,tiada kena-mengena dengan yang hidup atau yang mati,hanya sekadar hiburan.

Isnin, 29 Ogos 2011

Kedudukan Anak Bulan Syawal bagi Tahun 1432 Hijrah


Kedudukan Anak Bulan Syawal Pada 29 Ogos 2011

Kedudukan Anak Bulan Syawal Pada 30 Ogos 2011

Maknanya ketani bulih nampak pada 30 Ogos 2011 atu, namun ianya tertakluk kepada hasil Rukyah negara ketani bukanya hisab seperti negara jiran ketani, seperti hadis “Hanya sesungguhnya bulan (Islam) bilangannya dua puluh sembilan hari, oleh itu janganlah berpuasa hingga kamu melihat hilal dan jangan kamu berbuka hingga kamu melihatnya sekiranya dilindungi ke atas kamu (oleh awan dan sebagainya), maka hitunglah atau kirakanlah ia.” (Hadis riwayat Bukhari dan Imam Ahmad).

Rukyah (perkataan Arab) bermaksud penglihatan dan hisab bermaksud hitungan atau kiraan. Hilal menjadi tanda penentu kepada tarikh-tarikh tersebut dan awal bulan hijrah yang lain. Hal ini berdasarkan kepada maksud firman Allah di dalam Al Qur'an.

Penentuan awal bulan secara tradisinya adalah seperti yang ditunjukkan oleh sunnah Rasulullah s.a.w iaitu dengan cara rukyah hilal.Pekara ini juga ada dijelaskan di dalam hadis iaitu apabila umat Islam hendak menentukan awal Ramadhan seperti hadis yang bermaksud;
"Berpuasalah kamu kerana melihat hilal dan berbukalah kamu kerana melihat hilal. Bila hilal tetutup atasmu, maka sempurnakanlah bilangan Syaban tiga puluh hari"(Bukhari dan Muslim).

Walaubagaimanapun, Negara Brunei Darussalam dalam menentukan awal bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah adalah hanya berdasarkan hasil rukyah dan tidak berpandu kepada perkiraan hisab Falak Syarie iaitu kaedah imkanan rukyah terutama bila awal bulan tidak berhasil dirukyah, di mana walaupun mengikut perkiraan Falak Syarie anak bulan dilihat pada hari melakukan rukyah itu.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin 1432 Hijrah

Ahad, 31 Julai 2011

Pensabitan & Pengesahan Anak Bulan Ramadan 1432H


Gambar Rajah Menunjukkan Kedudukan Anak Bulan Ramadan Bagi 1432 H

Walaubagaimanapun, Negara Brunei Darussalam dalam menentukan awal bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah adalah hanya berdasarkan hasil rukyah dan tidak berpandu kepada perkiraan hisab Falak Syarie iaitu kaedah imkanan rukyah terutama bila awal bulan tidak berhasil dirukyah, di mana walaupun mengikut perkiraan Falak Syarie anak bulan dilihat pada hari melakukan rukyah itu.

Selamat Menyambut Kedatangan Bulan Ramadan Al-Mubarak ini dengan Penuh Ketaqwaan dan Keinsafan.

Daripada:-Kru & Staf Subuk-Saja.Blogspot

Isnin, 4 Julai 2011

Majlis Penyampaian Replika Cek Kepada Pemenang Pencipta Logo Heart of Borneo

Bergambar ramai bersama pemenang dengan Pengarah Perhutanan

With blogger BLOG TAHU ASAM SIRA salah seorang penerima saguhati. Thanx bro...

Semasa menerima replika cek dari Pengarah Perhutanan

Aku manang.......Alhamdullilah, berkat sokongan keluarga dan rakan-rakan

Khamis, 30 Jun 2011

Keratan Akhbar Tempatan Sempena Lawatan Kebawah DYMM Ke Kg Lambak 'B'

Pelita Brunei Bertarikh 29 Jun 2011

Borneo Bulletin bertarikh 28 Jun 2011

Borneo Bulletin bertarikh 28 Jun 2011


Pelita Brunei Muka Surat 11 Keluaran 29 jun 2011

Khamis, 2 Jun 2011

FIFA Lift Suspension On Brunei

Akhir nya Bolasepak kini sudah boleh bergerak ke serata dunia, setelah FIFA menarik balik pengantungan. Namun apa yang menjadi tanda tanya ialah NFABD, persatuan yang diiktiraf oleh FIFA, bagaimana pula hal nya dengan FFBD.

Gambar yang dilampirkan adalah yang diambil dari laman sesawang FIFA yang menunjukkan NFABD, dimana jawatankuasa persatuan itu masih lagi kosong.

Kepada pihak yang berkenaan, dapatlah kiranya membuat sidang media. Maklumlah, sepertinya persatuan bolasepak di Brunei ini mempunyai 2 buah persatuan.

Sekarang ni, kita perlu tahu apa yang dimaksudkan oleh FIFA Media Release mengatakan "NFABD dahulu Bafa"?Adakah satu lagi persatuan bola sepak yang baru bagi Negara Brunei Darussalam?

Daripada Pemerhati Bolasepak Brunei