Sukan Kitani

Sukan Kitani
~KLIK~ Mempromosi Semua Kegiatan Sukan Negara Brunei Darussalam ~ KLIK~

Fes-Retro

Fes-Retro
One Stop Football Store

Isnin, 29 Ogos 2011

Kedudukan Anak Bulan Syawal bagi Tahun 1432 Hijrah


Kedudukan Anak Bulan Syawal Pada 29 Ogos 2011

Kedudukan Anak Bulan Syawal Pada 30 Ogos 2011

Maknanya ketani bulih nampak pada 30 Ogos 2011 atu, namun ianya tertakluk kepada hasil Rukyah negara ketani bukanya hisab seperti negara jiran ketani, seperti hadis “Hanya sesungguhnya bulan (Islam) bilangannya dua puluh sembilan hari, oleh itu janganlah berpuasa hingga kamu melihat hilal dan jangan kamu berbuka hingga kamu melihatnya sekiranya dilindungi ke atas kamu (oleh awan dan sebagainya), maka hitunglah atau kirakanlah ia.” (Hadis riwayat Bukhari dan Imam Ahmad).

Rukyah (perkataan Arab) bermaksud penglihatan dan hisab bermaksud hitungan atau kiraan. Hilal menjadi tanda penentu kepada tarikh-tarikh tersebut dan awal bulan hijrah yang lain. Hal ini berdasarkan kepada maksud firman Allah di dalam Al Qur'an.

Penentuan awal bulan secara tradisinya adalah seperti yang ditunjukkan oleh sunnah Rasulullah s.a.w iaitu dengan cara rukyah hilal.Pekara ini juga ada dijelaskan di dalam hadis iaitu apabila umat Islam hendak menentukan awal Ramadhan seperti hadis yang bermaksud;
"Berpuasalah kamu kerana melihat hilal dan berbukalah kamu kerana melihat hilal. Bila hilal tetutup atasmu, maka sempurnakanlah bilangan Syaban tiga puluh hari"(Bukhari dan Muslim).

Walaubagaimanapun, Negara Brunei Darussalam dalam menentukan awal bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah adalah hanya berdasarkan hasil rukyah dan tidak berpandu kepada perkiraan hisab Falak Syarie iaitu kaedah imkanan rukyah terutama bila awal bulan tidak berhasil dirukyah, di mana walaupun mengikut perkiraan Falak Syarie anak bulan dilihat pada hari melakukan rukyah itu.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin 1432 Hijrah

Tiada ulasan: