Empire Cineplex
The Mall Cineplex
Seri QLap Cineplex
OGDC Theatre
Panggung Bolkiah
Panggung Boon Pang
Menurut ahli sejarah, tapak Panggung Boon Pang ani tah mula-mula sekali panggung wayang di Brunei, tapi musnah semasa perang dunia dulu. Jadi terbinalah Panggung Boon Pang. Panggung tersebut juga pernah dijadikan pusat tahanan ketika tahun 1960-an, namun ianya telah dirobohkan dan di jadikan tapak bangunan takaful IBB masa kini. Manakala Panggung Bolkiah & Borneo yang dibina pada tahun 1950-an masih lagi tesergam di pusat bandar. Manakala Seri Cinema yang terletak di batu satu(berdekatan pos ofis seri complex batu 1), juga sudah diroboh bagi memberi laluan kepada pembangunan semasa.
Panggung Borneo(Sekarang)
Panggung Borneo(Lama)
Marina Cinema(Nowaday)
Marina Cinema(Old)
Roxana Cinema
Manakala panggung yang terdapat di Daerah Belait kalau tak silap mempunyai 4 Panggung Wayang, iaitu, Marina, Roxana, Capital dan Puspa. Hanya Marina Cinema sahaja yang masih teguh berdiri, manakala yang lain sudah pun tiada. Tapi kini hanya OGDC Theatre sahaja yang tinggal, selebihnya hanya tinggal kenangan.
Di Daerah Tutong pula , hanya satu panggung wayang, kalau tak silap berhadapan dengan balai polis Tutong, tapi, atu pun diroboh kerana memberi laluan kepada pembangunan di kawasan tersebut.
Namun, hari ini kita disajikan dengan panggung wayang yang serba moden seperti Empire Cineplex, The Mall Cineplex, Seri QLap Cineplex serta OGDC Theatre, bagi memudahkan pengemar filem di negara ketani...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan