Sukan Kitani

Sukan Kitani
~KLIK~ Mempromosi Semua Kegiatan Sukan Negara Brunei Darussalam ~ KLIK~

Fes-Retro

Fes-Retro
One Stop Football Store

Rabu, 8 April 2009

Jam Peringatan di tengah-tengah Bandar Seri Begawan


Jam Peringatan adalah merupakan sebuah tugu yang diperbuat daripada simen. Di bahagian keempat penjuru sebelah atasnya diletakkan sebuah jam Seiko. Ianya terletak di Simpang Jalan Sultan dengan Jalan Elizabeth Kedua iaitu di antara bangunan Setiausaha Kerajaan dengan Pejabat Pos Besar, Bandar Seri Begawan.

Istiadat perletakkan batu asas bagi Jam Peringatan ini telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Dipertuan Agong Malaysia yang pertama, Persekutuan Tanah Melayu, Tuanku Abdul Rahman pada 11 Julai 1959 bersempena dengan lawatan keberangkatan baginda ke Negeri Brunei bermula dari 6 hingga 12 Julai 1959. Dengan terbinanya Jam Peringatan ini ianya melambangkan keteguhan dan keeratan perhubungan antara Negeri Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu.

Maka, tahun 2009 ini, genaplah usia Jam tersebut 50 tahun, dan alangkah indahnya jika ianya disambut Jubli Emasnya pada tahun ini juga.

Tiada ulasan: