Sukan Kitani

Sukan Kitani
~KLIK~ Mempromosi Semua Kegiatan Sukan Negara Brunei Darussalam ~ KLIK~

Fes-Retro

Fes-Retro
One Stop Football Store

Khamis, 30 April 2009

Cendera Lambang Kenangan Penukaran Nama Bandar Brunei Jadi Bandar Seri Begawan


Cendera Lambang Kenangan adalah sebuah gerbang yang dibina khas dengan ketinggian 10 meter, yang telah direka khas bagi Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Penukaran Bandar Brunei Menjadi Bandar Seri Begawan. Ianya terletak di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien. Pembinan Cendera Lambang Kenangan menelan belanja lebih $60,000.00 dan ianya telah disumbangkan oleh Syarikat Brunei Shell. Sementara itu rekabentuknya pula adalah ihsan daripada Arkitek Idris dan jurutera tempatan. Cendera Lambang Kenangan yang tersergam indah ini terukir dengan perkataan Bandar Seri Begawan 1970 - 1995. Pembinaannya dihasratkan untuk membangun dan mengindahkan serta mencantikkan lagi Bandar Seri Begawan. Struktur lambang ini memperkenalkan satu elemen struktur taman tiga demensi.

Tiada ulasan: