Sukan Kitani

Sukan Kitani
~KLIK~ Mempromosi Semua Kegiatan Sukan Negara Brunei Darussalam ~ KLIK~

Fes-Retro

Fes-Retro
One Stop Football Store

Isnin, 9 Februari 2009

Logo Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 2009

Logo Jubli Perak Hari Kebangsaan
Negara Brunei Darussalam 2009


Huraian mengenai dengan Logo Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 2009

Payung tunggal berwarna kuning melambangkan sistem kepimpinan beraja. Raja adalah payung mahkota tempat rakyat bernaung dan berlindung.Latar belakang dari bawah warna biru yang semakin cerah ke atas melambangkan alam semesta ciptaan Allah Subhanahu Wataala di mana Negara Brunei Darussalam ditadirkan-Nya tergolong dalam "community of nations" dan para pemimpin memikul umanah mentadbir negara pada lunas-lunas yang diredai-Nya dengan penuh bertawakal untuk mewujudkan masa depan yang cerah

Empat payung bersusun warna perak melambangkan kesatuan empat daerah yang dihuni oleh tujuh (7) puak jati yang selama-lamanya mendukung padu sistem kepimpinan beraja secara istiqamah demi melahirkan kemakmuran, keselamatan dan ketenteraman negara. Warna perak melambangkan tempoh 25 tahun keempat-empat daerah menikmati rahmat kemerdekaan

Panji-panji melambangkan identiti negara yang disanjung dengan semangat patriotik yang tinggi.

Tangkai berlengkar warna putih pada tiang payung yang mendukung panji-panji melambangkan toleransi berjiran tetangga dalam lengkungan "community of nations". Warna putih melambangkan kemurnian nilai-nilai dalam kehidupan dan kesucian berugama.

Tema dalam tulisan jawi melambangkan bangsa Brunei yang mendukung kesucian ugama, menghormati warisan budaya, mengamalkan budaya bangsa yang berteraskan "Melayu Islam Beraja.
Tema dalam tulisan rumi warna merah melambangkan kedewasaan bangsa Brunei dengan semangat cekal bersaing di arena antarabangsa dalam pelbagai sumber kehidupan demi survival bangsa dan negara.
Logo berbentuk empat segi tidak bersempadan pada sebelah kanan melambangkan negara terdedah kepada globalisasi dan kedewasaan bangsa Brunei menghadapinya bersandarkan pada tafsiran-tafsiran pada keseluruhan logo.

Tiada ulasan: