
Nasir, 55, mengadu sesak nafas dan badannya mengeras kira-kira jam 3 pagi semalam tetapi kembali stabil selepas disapu minyak angin. Bagaimanapun, isteri Allahyarham, Suria Bakar, berkata pada jam 2 petang, semalam, Allahyarham dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit kepala.
Selain sakit jantung dan buah pinggang, Allahyarham dilaporkan menghidap paru-paru berair dan darah kotor. Nasir dilahirkan di Singapura pada 23 November 1953, hasil perkahwinan P Ramlee dengan Junaidah Daeng Harris.
Hadir menziarahi jenazah malam tadi, Pengerusi Persatuan Seniman Malaysia, Datuk Mustapha Maarof; Presiden Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lirik Tanah Air (Papita), Datuk M Daud Wahid; pelakon veteran, Abu Bakar Omar dan pemuzik, Hussein Ali. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, di sini, jam 11 pagi ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan