Sukan Kitani

Sukan Kitani
~KLIK~ Mempromosi Semua Kegiatan Sukan Negara Brunei Darussalam ~ KLIK~

Fes-Retro

Fes-Retro
One Stop Football Store

Rabu, 17 Disember 2008

Kejohanan Street Futsal dan Bola Jaring sempena sambutan penukaran nama Bandar Brunei menjadi Bandar Seri Begawan ke-38

Jabatan Bandaran BSB 'A'

Joe sedang menyubuk bula...hahaha

Hj Dil dengan pose maut...

Hj Dil mencuba untuk menjaringkan...namun sebenarnya inda masuk tu...hahaha

Tendangan padu Pg Hadisham di tampan

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad - Pasukan Star Madang muncul juara futsal setelah mengalahkan KLD FC 2-0 dalam Kejohanan Street Futsal dan Bola Jaring sempena sambutan penukaran nama Bandar Brunei menjadi Bandar Seri Begawan ke-38 di kawasan lapang Jalan Bendahara berdepan dengan Bangunan Alat-alat Kebesaran Diraja, hari ini.

Revival FC turut berkongsi kejayaan serupa dinobatkan johan bola jaring dengan menundukkan KLZ 70-55 dalam perlawanan akhir.

Tempat ketiga futsal dimiliki Jabatan Bandaran BSB 'A' yang menewaskan Jabatan Daerah Temburong 3-1 manakala tempat serupa dalam bola jaring disandang DST Group.

Dua puluh 20 pasukan futsal dan 20 pasukan bola jaring dari seluruh negara berentap dalam kejohanan itu.

Mohammad Sufri Haji Md Yusuff dari Star Madang dipilih sebagai Pemain Terbaik. Hadiah disampaikan oleh Pemangku Timbalan Pengerusi Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan, Mohammad Ramli Haji Zulkifli.

Tiada ulasan: