Sukan Kitani

Sukan Kitani
~KLIK~ Mempromosi Semua Kegiatan Sukan Negara Brunei Darussalam ~ KLIK~

Fes-Retro

Fes-Retro
One Stop Football Store

Sabtu, 23 Oktober 2010

Siti Nur-Aisyah Marsya 7th Busday












All Photo's Credited To Scary Soul-Quest.
Thank You....

Suasana Di Jabatan Daerah BruneiMuara Berakas Pada 23 Okt 2010 Jam 2:00pm

Walkway Area

More People Come Frome Muhibbah Hall

Near Staircase

Front Of Office Entrance

Selasa, 12 Oktober 2010

40 Tahun Nama Bandar Seri Begawan Tetap Menjadi Ristaan

Bandar Seri Begawan KINI

Ibu negara Bandar Seri Begawan (BSB) dikenali sejak 4 Oktober 1970 setelah ditukar namanya dan sebelum ini dikenali sebagai Bandar Brunei.
Sejarah ibu negara ( Bandar Seri Begawan ) bermula kira-kira dalam kurun ke tujuh. Sejarah merekodkan bahawa ibu negeri Brunei telah berpindah sebanyak tiga kali. Catitan sejarah menunjukkan bahawa ibu negeri Brunei pertama adalah sebuah perkampongan di atas air berdekatan dengan Kampong Kota Batu dan Bangunan Muzium Negara. Selepas itu pula Kampong Ayer sepanjang Sungai Brunei; yang menjadi pusat bagi perniagaan, penangkapan ikan dan lain-lain perusahaan bagi kaum Melayu Brunei. Ibu negeri dipindah buat kali terakhir di daratan di tapak bandar yang ada sekarang ( Bandar Seri Begawan ).
Pada 1hb Ogos 2007, atas titah perkenan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam, maka saiz Bandar Seri Begawan telah menjadi 10 kali ganda lebih besar daripada asal, iaitu daripada 12.87 sq km ke 100.36 sq km pada masa kini.
Maka pada tahun ini, sempena 40 tahun penukaran nama Bandar Brunei menjadi Bandar Seri Begawan, pihak yang berwajib akan melancarkan Pelan Induk Kemajuan Bandar Seri Begawan.

Isnin, 11 Oktober 2010

Farah AF2 @ Farah BreeP BreeP Sudah Berhijrah


AL-HAMDULILLAH, pada asalnya niat mahu bertudung sudah lama disimpan. Dia merancang untuk berubah atau berhijrah ke imej bertudung selepas berkahwin dan memiliki anak pertama. Namun tidak sangka pula, pintu hatinya kini sudah terbuka luas untuk bertudung lebih awal daripada jangkaan, malah sebelum dia berkahwin lagi.

Itulah takdir yang dialami Farah Diana Anuar yang lahir dari program realiti TV popular, Akademi Fantasia musim kedua (AF2). Program yang melahirkan ramai wanita-wanita yang tidak menutup aurat. Program yang mengajar remaja jauh dari cara hidup beragama. Kerana, aurat wanita, bukan hanya menutup rambut sikit-skit sahaja. Bahkan melibatkan nampak bentuk tubuh badan walaupun bertutup, atau suara yang membangkit syahwat lelaki.

Ditambah pula dengan lagu yang melalaikan dari tanggung jawab agama dan pembangunan negara. Apalagi bila dia terkenal dengan kelincahannya ketika menyanyi di pentas. Walaupun begitu Farah ternyata yakin dengan penghijrahan imejnya untuk menjadi muslimah lebih baik dan doanya agar perubahan yang dilakukan ini diperkenankan Allah SWT.

Malah bagi gadis berusia 25 tahun itu, perubahan imejnya hari ini bertepatan dengan hasrat sucinya memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri yang masih belum memadai itu. Berkongsi cerita detik permulaannya mengenakan tudung, niatnya itu terbuka selepas menjalani penggambaran di Kemboja bagi program Rasa Halal Orient, menerusi saluran Astro Oasis, seperti yang didedahkan oleh Kosmos! Online hari ini.

Sekembalinya ke Kuala Lumpur, Farah berubah imej menjelang 11 Julai lalu.

“Ketika berada di Kemboja, saya bersama krew Rasa Halal Orient telah berkunjung ke sekolah tahfiz di Pusat Islam Kemboja.

“Di sana, budak-budak remaja menghafal al-Quran. Bukan itu sahaja, mereka juga mempelajari ilmu dunia dan agama.

“Tapi apa yang menyedihkan saya ialah apabila melihat hidup mereka yang serba kekurangan. Mereka ada kipas angin, tapi tidak berfungsi. Baju tidak bergosok dan lampu pun tak ada kerana tiada bekalan elektrik.

“Paling menyayat hati, mereka hanya makan nasi berlaukkan sup sayur dalam talam dan makan beramai-ramai. Air mata saya hampir menitis, tetapi memandangkan saya sedang bekerja, saya tahankan sahaja. Bimbang pula tidak fokus untuk mengacara,” tambahnya.

Akui Farah, selepas itu apabila dia pulang ke Phnom Penh, barulah dia menangis dan ketika itulah timbul pertanyaan dalam benak fikirannya tentang pelajar-pelajar di sekolah tahfiz di Kemboja itu.

“Walaupun serba kekurangan, insya-Allah mereka mendapat tempat di dunia dan akhirat. Tapi diri saya pula macam mana? Kalau boleh, kita pun nak juga mendapat dunia dan akhirat juga.

“Tapi waktu itu saya belum pakai tudung lagi. Saya dalami dahulu ilmu-ilmu agama dan fahami yang mana patut dan tidak patut kita lakukan. Kemudian, saya mula beli tudung sedikit demi sedikit,” jelasnya.

Farah memberitahu lagi..

“Kebetulan pula, pada suatu malam itu adalah malam Israk Mikraj, saya buat sembahyang sunat. Kemudian saya terus memberitahu ayah tentang niat saya itu dan dia turut gembira dengan perubahan yang ingin saya lakukan.

“Esoknya pula saya ada penggambaran Nasi Lemak Kopi O bersama Farah Adeeba. Dia ada tanya, dan saya kata hari ini baru nak mula (memakai tudung).

“Dia gembira sangat dan terus menghadiahkan beberapa tudung kepada saya. Siap buat pengumuman lagi dalam program itu,” ungkapnya yang kini lebih selesa dengan kerja-kerja pengacaraan.

Menurut Farah sejak dia bertudung, rezekinya semakin bertambah dengan kehadiran tawaran-tawaran iklan serta duta produk. Biasanya, bagi wanita yang telah berubah imej kepada bertudung, perwatakan mereka turut berubah menjadi lebih sopan.

“Bagi saya, jangan sampai ke satu tahap kita jadi hipokrit. Saya masih lagi menjadi diri sendiri. Cuma dari segi pemakaian, saya akan jaga. Tapi, bab ketawa terbahak-bahak, itu masih kekal,” tegasnya sambil meledakkan ketawa. “Sekali sekala perangai ‘gila-gila’ juga ada. Tapi bila umur semakin meningkat, ketawa saya yang besar itu macam dah berkurangan rasanya."

Berbicara mengenai album, Farah yang dibantu ahli keluarga di bawah pengurusan dan syarikat sendiri, Farah Diana Entertainment pernah tampil bersama album sulung, Antara 2 dan diikuti album kedua, Fantasia yang berada di pasaran beberapa hari sebelum penutupan syarikat Maestro Talent pertengahan tahun lalu.

Dia juga tidak pernah serik untuk menghasilkan album pada masa akan datang, malah dalam perancangan mencari beberapa single baru.

Menurutnya, dia masih mahu bergiat aktif dalam bidang nyanyian, selagi diterima peminat, dia tetap akan setia bergelar penyanyi. “Cuma kini, lagu-lagu saya akan lebih ke arah pengajaran, biarpun masih kekal dengan konsep lagu pop,” tuturnya.


Farah Ketika Membuat Persembahan Di Brunei Beberapa Tahun Yang Lalu

Ketika Farah Bersama Peminat di The Mall Gadong