Isnin, 7 Mei 2012
Isnin, 27 Februari 2012
Brunei Kelima Terkaya Di Dunia
BANDAR SERI BEGAWAN 25 Feb. – Brunei Darussalam menduduki tangga kelima senarai 182 negara paling kaya di dunia hasil daripada kekayaan sumber minyak dan gas asli negara itu yang menyumbang pendapatan per kapita sebanyak AS$48,000 (RM144,581).
Menurut majalah Forbes menerusi laporan dalam taliannya, kedudukan negara terkaya di dunia dinilai berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita yang diselaraskan dengan kuasa beli.
Forbes turut menggunakan data yang dikumpulkan dari Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) bermula 2010 hingga yang terbaru.
“Kuasa beli yang disesuaikan dengan KDNK digunakan oleh pakar ekonomi ketika membuat perbandingan antarabangsa kerana ia mengambil kira perbezaan kos sara hidup dan kadar inflasi berbanding hanya membuat perbandingan kadar pertukaran asing yang memutarbelit perbezaan sebenar dalam nilai,” lapor majalah itu.
Awal bulan ini, Jabatan Pembangunan dan Perancangan Ekonomi (JPKE) melaporkan, indeks harga pengguna Brunei meningkat 1.8 peratus dari 2010 ke 2011, manakala purata pertumbuhan negara itu kurang daripada satu peratus setiap tahun.
Menurut JPKE, purata tahunan Indeks Harga pengguna (CPI) Brunei pada 2011 adalah 106.9 berbanding 104.8 pada 2010, dengan kadar inflasi dua peratus sepanjang tahun lalu.
Ekonomi Brunei didominasi oleh industri minyak dan gas dengan 90 peratus daripada eksportnya dan lebih separuh daripada KDNK negara itu datang daripada sektor tersebut.
Qatar dinamakan negara terkaya di dunia dengan jumlah KDNK per kapita lebih AS$88,000 (RM265,065) pada 2010, sementara Luxembourg di tangga kedua dengan KDNK per kapita lebih AS$81,000 (RM243,980) hasil daripada menjadi negara hab kewangan.
Singapura berada di tangga ketiga dengan KDNK per kapita hampir AS$56,700 (RM243,980), manakala Norway di kedudukan keempat dengan jumlah KDNK per kapita AS$52,000 (RM156,629). – AGENSI
Khamis, 23 Februari 2012
Rabu, 22 Februari 2012
Jumaat, 17 Februari 2012
Hari Jumaat sebagai hari tanpa beg plastik
Bermula hari Jumaat, 17 Februari 2012, kedai-kedai yang turut serta dalam menjayakan inisiatif ini tidak akan memberikan beg plastik pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.Tambahan hari Jumaat itu adalah satu inisiatif ke arah penggunaan beg guna semula setiap hari yang dirancang secara perperingkat-peringkat dalam mencapai matlamat menggurangkan sisa buangan plastik.
Oleh itu, diseru kepada penguna agar beringat-ingat untuk membawa beg mesra alam, bila hendak membeli-belah.
Rabu, 8 Februari 2012
Logo Hari Kebangsaan Brunei 2012 ke-28

Logo keseluruhan ialah bentuk kupu-kupu yang di olah oleh angka 28 yang membawa maksud 28 tahun kemerdekaan Negara Brunei Darussalam.
Kupu-Kupu pula melambangkan alam flora dan fauna yang perlu dikawal dan dipelihara daripada sebarang pencemaran dan kemusnahan agar kita hidup aman, sihat dan sempurna.
Warna Hijau yang bercampur putih dan coklat melambangkan keadaan alam dan isi kandungannya termasuk pokok-pokok dan hidupan liar bebas menghirup udara bersih yang tidak tercemar.
Empat Bulatan sayap kupu-kupu bermaksud empatt daerah yang terdapat di Negara Brunei Darussalam
Huruf Jawi melambangkan Agama Islam sebagai Agama rasmi Negara dan Mendokong usaha untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai Negara Zikir
Panji-panji sebagai lambang bernegara yang berdaulat dan warna kuning membawa maksud sistem pemerintahan Beraja yang disembah dan sebagai ketua agama yang perlu diikuti
Warna Biru membawa maksud laut sebagai sumber makanan dan mata pencarian yang perlu dijaga, dikawal dan dipelihara dari sebarang kerosakan dan pencemaran
Ahad, 5 Februari 2012
Rabu, 18 Januari 2012
Rencana yang diterbitkan sepanjang 2011



Pada tahun 2011, sebanyak empat (4) artikel saya telah diterbit di dalam akhbar rasmi kerajaan, iaitu Pelita Brunei.Namun pada tahun ini, saya akan mencuba mencari seberapa banyak bahan yang amat berguna untuk biskita, dan juga dijadikan sebagai rujukan untuk generasi yang akan datang.
Nantikan rencana saya pada tahun ini...
Khamis, 29 Disember 2011
Selamat Berhijrah Ke Tahun 2012
Isnin, 29 Ogos 2011
Kedudukan Anak Bulan Syawal bagi Tahun 1432 Hijrah
Rukyah (perkataan Arab) bermaksud penglihatan dan hisab bermaksud hitungan atau kiraan. Hilal menjadi tanda penentu kepada tarikh-tarikh tersebut dan awal bulan hijrah yang lain. Hal ini berdasarkan kepada maksud firman Allah di dalam Al Qur'an.
Penentuan awal bulan secara tradisinya adalah seperti yang ditunjukkan oleh sunnah Rasulullah s.a.w iaitu dengan cara rukyah hilal.Pekara ini juga ada dijelaskan di dalam hadis iaitu apabila umat Islam hendak menentukan awal Ramadhan seperti hadis yang bermaksud;
"Berpuasalah kamu kerana melihat hilal dan berbukalah kamu kerana melihat hilal. Bila hilal tetutup atasmu, maka sempurnakanlah bilangan Syaban tiga puluh hari"(Bukhari dan Muslim).
Walaubagaimanapun, Negara Brunei Darussalam dalam menentukan awal bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah adalah hanya berdasarkan hasil rukyah dan tidak berpandu kepada perkiraan hisab Falak Syarie iaitu kaedah imkanan rukyah terutama bila awal bulan tidak berhasil dirukyah, di mana walaupun mengikut perkiraan Falak Syarie anak bulan dilihat pada hari melakukan rukyah itu.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin 1432 Hijrah
Ahad, 31 Julai 2011
Pensabitan & Pengesahan Anak Bulan Ramadan 1432H

Gambar Rajah Menunjukkan Kedudukan Anak Bulan Ramadan Bagi 1432 HSelamat Menyambut Kedatangan Bulan Ramadan Al-Mubarak ini dengan Penuh Ketaqwaan dan Keinsafan.
Daripada:-Kru & Staf Subuk-Saja.Blogspot
Isnin, 4 Julai 2011
Rabu, 30 Mac 2011
Two cousins uphold 'berlulut' tradition before circumcision
Sabtu, 26 Mac 2011
EARTH HOUR 2011 - We Support You....

Negara Brunei Darussalam akan turut sama menyertai kempen Earth Hour 2011, pada 26 Mac ani, dengan penutupan tiga mercu tanda di Brunei, iaitu Masjid SOAS Bandar Seri Begawan, Muzium Kampung Air serta Jerudong Park Playground. Turut sama menyertai ialah orang-orang persendirian, termasuk kadiaku dengan menutup lampu dan letrik yang inda bepakai, selama 1 jam bermula 8:30 malam hingga 9:30 malam.....




















