Sukan Kitani

Sukan Kitani
~KLIK~ Mempromosi Semua Kegiatan Sukan Negara Brunei Darussalam ~ KLIK~

Fes-Retro

Fes-Retro
One Stop Football Store

Ahad, 18 April 2010

Achik Spin Meninggal Dunia Akibat Kemalangan



Bekas vokalis kumpulan Spin, Achik atau Murad Md Shari, 28, maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya terbabas lalu merempuh tiang papan tanda sebelum terbakar di Kilometer 13, Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) di Mantin, dekat sini petang semalam.

Kemalangan kira-kira jam 6 petang itu menyebabkan penyanyi yang pernah membintangi beberapa filem dan drama mati di tempat kejadian dan kereta Toyota Estimanya hangus. Mayatnya dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.

Acik yang berasal dari Felda Sendayan, dekat sini menyerlah dalam bidang seni ketika bersama Kumpulan Spin melalui album Roda Roda Rindu.

Lagu Paling Comel dinyanyikannya bersama Nana atau Siti Nordiana Mohd Alias mendapat sambutan hangat peminat sehingga melonjakkan nama Achik dalam bidang muzik. Allahyarham juga pernah dinobatkan Pelakon Harapan Lelaki di Festival Filem Malaysia Ke-17 menerusi filem Diari Romeo pada 2004.

Achik yang mengahwini HM Rosezaitul Suriani Wati Maarof, 29, pada 2005 kehilangan anak sulung, Puteri Rania pada 29 Mac 2007 ketika berusia dua bulan disebabkan masalah usus dalam perut.
AL-FATIHAH...

Tiada ulasan: