Sukan Kitani

Sukan Kitani
~KLIK~ Mempromosi Semua Kegiatan Sukan Negara Brunei Darussalam ~ KLIK~

Fes-Retro

Fes-Retro
One Stop Football Store

Jumaat, 4 September 2009

KHEDN adakan Majlis Tahlil di Kubah Makam Diraja



1hb September 2009 - Selasa - Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Pehin Dato Seri Setia Haji Adanan Haji Mohd Yusof hari ini mengetuai rombongan Majlis Bertahlil di Kubah Makam Diraja di ibu kota.

Pehin Menteri bersama Timbalan Menteri Hal Ehwal dalam negeri serta Setiausaha Tetap Kementerian berserta timbalannya hadir ke majlis bertahlil bagi Almarhum Sultan Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Almarhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit bersama warga KHEDN yang lain.

Turut hadir menyemarakkan majlis itu hari ini adalah Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai serta kakitangan kementerian berkenaan dan juga dengan kehadiran Pegawai-pegawai Daerah, para Penghulu Mukim, Ketua-ketua Kampung dari seluruh negara.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah al-Fatihah di susuli dengan bacaan Surah Yasin diikuti bacaan Tahlil yang dibaca beramai-ramai pimpinan Ketua Guru Agama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Ustaz Haji Adanan Haji Ahmad.

Sebelum majlis ditutup hari ini beliau turut berkesempatan untuk memimpin bacaan doa selamat di majlis yang merupakan aktiviti keagamaan bagi bulan Ramadan KHEDN serta jabatan di bawahnya itu.

Menurut kenyataan KHEDN hari ini, majlis itu adalah bagi menyemarakkan lagi bualan Ramadan yang mubarak ini selain menjadi platform meningkatkan amalan ibadah dan juga menjalinkan hubungan silaturahim di kalangan pegawai dan kakitangan di KHEDN.

Tiada ulasan: