Sukan Kitani

Sukan Kitani
~KLIK~ Mempromosi Semua Kegiatan Sukan Negara Brunei Darussalam ~ KLIK~

Fes-Retro

Fes-Retro
One Stop Football Store

Khamis, 11 Jun 2009

Pelakon Shukery Hashim Meninggal Dunia Akibat Kanser

KUALA LUMPUR, 10 Jun -- Pelakon serba boleh, Mohamad Shukery Hashim, 55, meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia hari ini akibat kanser pankreas.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU Keramat pada 5 petang tadi selepas solat jenazah di rumahnya di Taman Fairuza, Ampang Campuran di sini.
Pelakon serba boleh ini memulakan kariernya dengan drama radio pada 1975 diikuti dengan drama TV pada 1984. Sehingga kini lebih ratusan drama dibintanginya, termasuk yang sedang ditayangkan Cinta Gila di Astro Prima, dengan Allahyarham memegang watak Mahmood seorang penyanyi lama yang ingin kembali aktif dalam dunia hiburan tanah air.

Allahyarham pernah membintangi tujuh filem dan kemunculan sulungnya adalah melalui filem Rahsia arahan Othman Hafsham pada 1987, diikuti Syahadat, Ujang, Pesona Cinta, Seri Dewi Malam, Janji Diana dan terakhir Shh... Dia Datang arahan Saiful Apek yang belum ditayangkan.

Tiada ulasan: