Sukan Kitani

Sukan Kitani
~KLIK~ Mempromosi Semua Kegiatan Sukan Negara Brunei Darussalam ~ KLIK~

Fes-Retro

Fes-Retro
One Stop Football Store

Isnin, 24 November 2008

Nama Bandar Seri Begawan Kini Berusia 38 Tahun

Ibu negara Bandar Seri Begawan (BSB) dikenali sejak 4 Oktober 1970 setelah ditukar namanya dan sebelum ini dikenali sebagai Bandar Brunei.
Sejarah ibu negara ( Bandar Seri Begawan ) bermula kira-kira dalam kurun ke tujuh. Sejarah merekodkan bahawa ibu negeri Brunei telah berpindah sebanyak tiga kali. Catitan sejarah menunjukkan bahawa ibu negeri Brunei pertama adalah sebuah perkampongan di atas air berdekatan dengan Kampong Kota Batu dan Bangunan Muzium Negara. Selepas itu pula Kampong Ayer sepanjang Sungai Brunei; yang menjadi pusat bagi perniagaan, penangkapan ikan dan lain-lain perusahaan bagi kaum Melayu Brunei. Ibu negeri dipindah buat kali terakhir di daratan di tapak bandar yang ada sekarang ( Bandar Seri Begawan ).
Pada 1hb Ogos 2007, atas titah perkenan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam, maka saiz Bandar Seri Begawan telah menjadi 10 kali ganda lebih besar daripada asal, iaitu daripada 12.87 sq km ke 100.36 sq km pada masa kini.

Hospital Lama di BSB (Kini Mahkamah Syariah)

Bandar Seri Begawan di Tahun 60-an

Bandar Seri Begawan di Tahun 70-an

Bandar Seri Begawan di Tahun 50-an

Bandar Seri Begawan Kini

Tiada ulasan: