Sukan Kitani

Sukan Kitani
~KLIK~ Mempromosi Semua Kegiatan Sukan Negara Brunei Darussalam ~ KLIK~

Fes-Retro

Fes-Retro
One Stop Football Store

Khamis, 31 Mac 2011

'April Fool' - Bukan budaya orang Islam


Masyarakat di negara kita seharusnya beringat-ingat dan peka terhadap perbuatan dalam merayakan "April Fool" ani, maklumlah ianya adalah seolah-olah mempersendakan orang-orang Islam di Brunei mahupun di dunia Islam.

Sejarah April Fool

Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April’s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.

Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.

Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam.

Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.

Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian bujuk tentera Salib.

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.

Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.

Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai “The Aprils Fool Day”.

Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam.

April Fool Merupakan Perayaan Pembantaian Umat Islam, Tidak Layak Dirayakan

Umat Islam sangat tidak layk merayakan “The April Fool Day” kerana kebiasaan itu didasarkan untuk memperingati peristiwa pembantaian umat Islam di Sepanyol pada 1 April 1487 Masihi.

Ir.H.Asmara Dharma, seorang cendekiawan muslim dari Indonesia menuturkan di dalam tulisannya; “Umat Islam banyak yang “latah” dan merayakan April Fool tanpa mengetahui dasar dan asal muasal peristiwa tersebut”

Ia menjelaskan, perayaan April Fool itu didasarkan atas peristiwa penyerangan besar-besaran oleh tentera Salib terhadap negara Sepanyol yang ketika itu di bawah kekuasaan kekhalifahan Islam pada Mac 1487 Masihi.

Kota-kota Islam di Sepanyol seperti Zaragoza dan Leon di wilayah Utara, Vigo dan Forto di wilayah Timur, Valencia di wilayah Barat, Lisbon dan Cordoba di Selatan serta Madrid di pusat kota dan Granada sebagai kota pelabuhan berjaya dikuasai tentera Salib.

Umat Islam yang tersisa dari peperangan itu dijanjikan kebebasan jika meninggalkan Sepanyol dengan kapal yang disiapkan di pelabuhan Granada. Tentera Salib itu menjanjikan keselamatan dan membolehkan umat Islam menaiki kapal jika mereka meninggalkan Sepanyol dan tidak membawa sebarang persenjataan mereka.

Namun, ketika ribuan umat Islam sudah berkumpul di pelabuhan, kapal yang tadinya berlabuh di pelabuhan segera dibakar dan kaum muslim dibantai dengan kejam sehingga air laut menjadi merah kerana darah.

Peristiwa pembantaian dan pengingkaran janji tersebut terjadi pada 1 April 1487 Masehi dan dikenang sebagai “The April Fool Day.”

Selanjutnya, Dharma menjelaskan, peristiwa “The April Fool Day” itu dipopulerkan dengan “ritual” yang mempersendakan, menipu dan memperbodohkan orang lain tetapi bernuansa gembira.

“Ritual tersebut disyaratkan agar orang-orang yang dipersendakan tidak boleh berasa marah atau membalas” katanya.

Sumber: http://www.eramuslim.com





Rabu, 30 Mac 2011

Two cousins uphold 'berlulut' tradition before circumcision

Family members and relatives attending the ceremony

Awang Muhammad Aiman Jazli and Awang Muhammad Ajrul Azim during 'berlulut'.


More news on BB...HERE


News & Photos credited to H Bat & Zai..

Sabtu, 26 Mac 2011

EARTH HOUR 2011 - We Support You....


Negara Brunei Darussalam akan turut sama menyertai kempen Earth Hour 2011, pada 26 Mac ani, dengan penutupan tiga mercu tanda di Brunei, iaitu Masjid SOAS Bandar Seri Begawan, Muzium Kampung Air serta Jerudong Park Playground. Turut sama menyertai ialah orang-orang persendirian, termasuk kadiaku dengan menutup lampu dan letrik yang inda bepakai, selama 1 jam bermula 8:30 malam hingga 9:30 malam.....
Biskita apa lagi....tutup tia jua...

Jumaat, 25 Mac 2011

'Adang Tah Makai Beg Plastik, Pakai Tia Beg Yang Boleh Diguna Semula'


Poster & Banner Credited To Ministry Of Development and JASTRE.
So apa lagi, ketani sahut tah inisiatif kementerian dan jabatan dalam usaha ketani menyelamatkan alam sekitar,khususnya Negara Brunei Darussalam. Program ani diungkayahkan oleh Kementerian Pembangunan khususnya melalui Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi(JASTRE).

Toyota Corolla 79 For Sale

TOYOTA COROLLA 1979
Selling for B$3,500.

- got aircond
- player pioneer + tube pre-amp
- front speaker - DLS Iridium 3-way 8 inch
- front amp - lightning audio Strike 150.2
- back speaker - 2 set of Lanzar Opti 6 inch
- back amp - Lanzar Opti 250x4 channel
- cheap woofer & amp
- third party insurance til end of April 2011, but no roadtax
- no battery yet...

B$3000 - speaker DLS ku cabut
B$2500 - DLS & aircond ku cabut
B$2000 - DLS, aircond, player & preamp ku cabut
B$1400 - aircond & all soundsystem equipment ku cabut
p/s: Just helping Someone to sell his car......
*Just inbox me at chatbox if interested (YANG BANAR-BANAR SAJA)

Rabu, 23 Mac 2011

Elizabeth Taylor, meninggal dunia di usia 79 tahun

LOS ANGELES - Legenda Elizabeth Taylor, dewi filem yang hidupnya dipaparkan sering dilanda oleh badai kehidupan peribadinya, meninggal dunia, pada hari Rabu di usia 79.

Dia meninggal kerana kegagalan jantung kongestif di Cedars-Sinai Medical Center, di mana ia dirawat di rumah sakit selama enam minggu, kata Sally Morrison.

"Semua anak-anaknya dengan dia," kata Morrison.

Taylor anugerah yang luar biasa dengan kemasyhuran serta kekayaan, dan memenangi tiga Oscar, termasuk satu khusus untuk pekerjaan kemanusiaannya. Tapi ianya sering diganggu oleh kesihatan yang buruk, kegagalan hubungan romantis dan tragedi peribadi.

Sumber:- Associated Press

Perkhemahan Patrol Persatuan Pengakap Daerah Brunei-Muara 2011

Keratan Akhbar Rasmi Kerajaan 'Pelita Brunei' bertarikh 23 Mac 2011 M/S 12
Untuk membaca berita penuh, sila klik PELITA BRUNEI

Ahad, 20 Mac 2011

Berkesempatan Melihat Kain Kiswah Pintu Kaabah

Kain Kiswah Pintu Kaabah Yang Terdapat Di DarulIfta

Kiswah- kain penutup Kaabah atau disebut kiswah diganti setiap tahun.

Kiswah berperanan sebagai melindungi Kaabah dari debu dan kotoran. Ianya juga turut berfungsi sebagai hiasan Kaabah .


Kaabah dibasuh dua kali setahun. Pada bulan Syaaban dan Zul Hijjah menggunakan air zam-zam. Setahun sekali ditukarkan kelambunya 'kiswah”. Ada juga yang menyebut kain ihram Kaabah.


Di fahamkan kilang membuat kiswah di bina di Makkah lebih 75 tahun yang lalu oleh Raja Abdul Aziz.

Kiswah diperbuat daripada 670 kg sutera, 150 kg emas dan perak bagi penulisan ayat Al Quran.

Bersaiz 658 meter persegi dan kos membuatnya ialah 16.8 juta SR.

Hikayat Merong Mahawangsa The Movie


Baru-baru ani, kami sekeluarga meliat wayang mengenai dengan Hikayat Merong Mahawangsa ani. Wayangnya ani boleh jua dikira setaraf filem antarabangsa. Tahniah jua diucapkan kepada KRU Studio, terutamanya Yusry, kerna dapat menerbitkan wayang macamiatu.

Bagi filem ani, aku boleh bagi 8.5 markah daripada 10. So apa lagi,liat tah wayang dan filem ani. Inda menyasal meliat.

Menurut sumber-sumber yang membagitahu kediaku, Hikayat Merong Mahawangsa atau Sejarah Kedah adalah hikayat yang menceritakan susur galur Merong Mahawangsa dan pengasas Kedah, sebuah negeri di Malaysia. Sungguhpun terdapat beberapa fakta sejarah, ia turut mengandungi dakwaan yang mengkagumkan. Era yang dirangkumi oleh teks ini bermula dari pembukaan negeri Kedah oleh Merong Mahawangsa, yang didakwa sebagai keturunan Iskandar Agung dari Macedonia sehingga ketibaan Islam pada abad ke-2 M.



Facebook - Masih lagi idup.....

Beberapa bulan yang lalu, ada ku menulis mengenai dengan gussip Facebook ani tutup pada 15 Mac 2011 ani, namun setelah 5 hari berlalu(20 Mac 2011), ternyata ianya masih idup dan bernyawa.

Oleh itu, kepada penguna-penguna Facebook ani, gunakan lah dengan sebaiknya, jangan saja disia-siakan kelebihan dan kemudahannya. Kadang-kadang, bila diperhatikan, ada penguna Facebook ani seolah-olah kan menelanjangi diri dan menjatuhkan maruah diri dan orang lain, sebagai contoh, kalau bekelaie, beucap-ucapan tia, inda tah sadar tu orang lain membaca.Nasib baik aku ani nda pandai be Facebook,kan di tangan-tangan(hp user) atau kan diliat-liat selalu status atu.

Jadinya, gunakan tia dengan sebaik mungkin.

Saya kini mulih untuk menulis

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Mungkin udah lama inda aku membuat ceta di sini ani, al maklumlah, kesibukan yang selalu dihadapi sepanjang dua ke tiga bulan ani, dari segi urusan keraja mahupun urusan kekeluargaan.

Dikesempatan ani jua, saya minta maap jua arah biskita, yang selalu mengunjungi blog ani. Bukan beerti aku ani beranti membuat,ganya luan telampau sibuk atu jua.

Akhir sekali, terima kasih di atas kesudian menyubuk blog ani. Jangan jara-jara untuk singgah menyubuk blog ani lagi.

Terima Kasih....

~SIDANG PENGARANG SUBUK-SAJA.BLOGSPOT~