Sukan Kitani

Sukan Kitani
~KLIK~ Mempromosi Semua Kegiatan Sukan Negara Brunei Darussalam ~ KLIK~

Fes-Retro

Fes-Retro
One Stop Football Store

Rabu, 30 Jun 2010

Hari Terakhir Di Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan

City Hall Jabatan Bandaran BSB

My Room at Jabatan Bandaran....

Hari ani adalah hari terakhir kadiaku bertugas di Jabatan Bandaran. Hampir 6 tahun bertugas banyak jua kenangan. Di kesempatan ani jua, kadiaku ingin mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada Pegawai-Pegawai dan kakitangan yang sewaktu dengannya di atas tunjuk ajar dan bimbingan semasa bertugas disana..... Di samping atu jua, ucapan Terima Kasih ani jua, kepada Jabatan dan Kementerian kerana telah memberi peluang kediaku untuk melanjutkan pelajaran....

Kemana hala tuju kediaku selapas ani...... Sila tunggu...... keluaran esok yer.....

Bye Bye..........

Isnin, 28 Jun 2010

Pelakon Komedi S. Shamsudin Cedera

Kenangan Penulis bersama Seniman S Shamsudin

28 Jun - Pelakon komedi terkenal filem Melayu S. Shamsudin cedera di tulang pinggul setelah terjatuh dari katil sewaktu tidur di rumah anaknya di sini pagi semalam.

Beliau dihantar ke sebuah hospital di sini selepas kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 3 pagi Ahad, kata anaknya Noredah Shamsudin.

Noredah berkata, beliau perlu memaklumkan mengenai perkara itu kerana keluarganya menerima banyak panggilan telefon daripada orang ramai yang mendapat khabar angin bahawa bapanya telah meninggal dunia.

"Ayah saya mengalami retak di tulang pinggul dan kini doktor sedang membuat pemeriksaan ke atasnya,” katanya yang kesal dan sedih dengan khabar angin itu.

Shamsudin, 81, adalah seniman komedi seangkatan dengan seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Allahyarham A R Tompel dan Datuk Aziz Satar dan terkenal dalam filem siri ”Bujang Lapok”.

Jumaat, 25 Jun 2010

Hari Ke 44 Siti Nur-Aleesya Marsya

Strongest Baby hehehe...

Lihat lah.... Rambut Ku Yang Cantik........

Sebelum........