Sukan Kitani

Sukan Kitani
~KLIK~ Mempromosi Semua Kegiatan Sukan Negara Brunei Darussalam ~ KLIK~

Fes-Retro

Fes-Retro
One Stop Football Store

Khamis, 30 April 2009

Bubungan Dua Belas


Bubungan Dua Belas merupakan antara bangunan dianggap bersejarah di negara ini. Bangunannya terletak di lereng Bukit Subok, Jalan Residency dan jaraknya dari pusat bandar ialah kurang lebih 1½ kilometer. Bangunan ini dinamakan Bubungan Dua Belas kerana ia mempunyai dua belas bumbung yang bertingkat-tingkat. Ia didirikan setelah bermulanya sistem pentadbiran Residen British di Brunei sejak tahun 1906. Pada mulanya bangunan ini merupakan tempat kediaman rasmi bagi Mr. MacArthur, Residen British yang pertama di Brunei. Di sekitar kawasan bangunan ini sebelumnya juga menempatkan antaranya Pusat Pentadbiran, Balai Polis, Head Quarters Kakitangan Kerajaan dan lain-lain lagi. Pembinaan bangunan ini mula dilaksanakan dalam bulan Julai 1907 dan kontraktornya pula telah didatangkan dari luar negeri. Manakala para pekerja buruh adalah terdiri daripada anak-anak tempatan. Peralatan bagi pembinaan bangunan didatangkan dari Sandakan, Sabah. Bangunan Bubungan Dua Belas ini masih kekal hingga kini dengan tidak banyak mengalami perubahan dan sekarang ianya di bawah Pemuliharaan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Cendera Lambang Kenangan Penukaran Nama Bandar Brunei Jadi Bandar Seri Begawan


Cendera Lambang Kenangan adalah sebuah gerbang yang dibina khas dengan ketinggian 10 meter, yang telah direka khas bagi Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Penukaran Bandar Brunei Menjadi Bandar Seri Begawan. Ianya terletak di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien. Pembinan Cendera Lambang Kenangan menelan belanja lebih $60,000.00 dan ianya telah disumbangkan oleh Syarikat Brunei Shell. Sementara itu rekabentuknya pula adalah ihsan daripada Arkitek Idris dan jurutera tempatan. Cendera Lambang Kenangan yang tersergam indah ini terukir dengan perkataan Bandar Seri Begawan 1970 - 1995. Pembinaannya dihasratkan untuk membangun dan mengindahkan serta mencantikkan lagi Bandar Seri Begawan. Struktur lambang ini memperkenalkan satu elemen struktur taman tiga demensi.

Selasa, 28 April 2009

Jambatan Laluan...

Jambatan Penghubung antara Bangunan Letak Kereta Bertingkat & Pusat Komersial & Perdagangan Bumiputra BSB.

Khamis, 23 April 2009

Majlis Konvokesyen Kebangsaan Institusi-Institusi Pendidikan Teknik dan Vokasional Kali Ke 11, 2009

Ketika menerima BDTVEC National Diploma in Interior Design

Tadaaaa.........akhirnya......

With my Bro and cousin-cousin......

Anyway, more photos will be post....Tunggu.....

Photo credited to Scary-Soul & Takaduhung.....

Ahad, 12 April 2009

Last Day of Our Kuala Lumpur Trip


Akhirnya, kami pun selamat sampai di Brunei dengan selamatnya, pengajaran yang kami dapat ialah, baik tah belayar dari Brunei saja, inda berapa ngalih dan sekajap sampai...

6th Day of Our Kuala Lumpur Trip

5th Day of Our Kuala Lumpur Trip

4th Day of Our Kuala Lumpur Trip


On the 4th day, we only go to Masjid India, then, kengalihan semua.... zzzzzzzzzz

Jumaat, 10 April 2009

1st Day of Our Kuala Lumpur Trip


Assalamualaikum semua, sowie yer... baru tah ter'update' pasal travelling ke Kay Ell ani, maklumlah..banyak gambar ani wah...so, i just choose random picture untuk tatapan biskita...perjalanan dari Brunei ke Miri dan terus menuju LCCT mengunakan Airasia....:(, Anyway, tunggu saja posting yang seterusnya....

Rabu, 8 April 2009

Jabatan Bandaran BSB VS Jabatan Percetakan Friendly Match

With Hj Rahimy@ Hj Abby

Subsitutes Bandaran BSB Players

It's me in action

Kesudahannya, pasukan dari Jabatan Bandaran BSB telah memenangi perlawanan persahabatan tersebut dengan mengalahkan Jabatan Percetakan Kerajaan dengan jaringan 6 - 5, yang mana gol kemenangan telah dijaringkan oleh SAYA SENDIRI...hahahaha Walaupun ketinggalan 4 - 2 diseparuh masa, namun dapat jua mambubut sampai manang...Kesian Mr Takaduhung,durang kalah....:(

All Photo taken by Mr Takaduhung during 2nd Half of the match, coz he play in 1st Half

Jam Peringatan di tengah-tengah Bandar Seri Begawan


Jam Peringatan adalah merupakan sebuah tugu yang diperbuat daripada simen. Di bahagian keempat penjuru sebelah atasnya diletakkan sebuah jam Seiko. Ianya terletak di Simpang Jalan Sultan dengan Jalan Elizabeth Kedua iaitu di antara bangunan Setiausaha Kerajaan dengan Pejabat Pos Besar, Bandar Seri Begawan.

Istiadat perletakkan batu asas bagi Jam Peringatan ini telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Dipertuan Agong Malaysia yang pertama, Persekutuan Tanah Melayu, Tuanku Abdul Rahman pada 11 Julai 1959 bersempena dengan lawatan keberangkatan baginda ke Negeri Brunei bermula dari 6 hingga 12 Julai 1959. Dengan terbinanya Jam Peringatan ini ianya melambangkan keteguhan dan keeratan perhubungan antara Negeri Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu.

Maka, tahun 2009 ini, genaplah usia Jam tersebut 50 tahun, dan alangkah indahnya jika ianya disambut Jubli Emasnya pada tahun ini juga.

Ristaan Jambatan Edinburgh


Jambatan Edinburgh adalah mengambil nama sempena lawatan pertama kali Yang Teramat Mulia Duke of Edinburgh ke Brunei dalam tahun 1959. Jambatan ini menyeberangi Sungai Kedayan yang menghubungkan dari Bandar Brunei ke Tutong dan Kuala Belait. Pembukaan rasminya telah disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Duke of Edinburgh selaku Tetamu Diraja itu sendiri pada 28 Februari 1959 jam 3.26 petang. Ia merupakan salah sebuah daripada empat buah jambatan yang dibina oleh Kerajaan yang menelan belanja sebanyak $2,219,000.00 di bawah peringkat pertama rancangan jalan dan jambatan yang menelan belanja kira-kira $70,000,000.00. Ianya adalah antara usaha baginda Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien dalam membaiki dan mempertingkatkan lagi perkhidmatan sosial di Negeri Brunei pada tahun 1950-an.

Isnin, 6 April 2009

Button claims victory at Sepang


Jenson Button recorded his second consecutive victory for Brawn GP at the weather-affected Malaysian Grand Prix.

Click here for race highlights
The British driver, who had qualified in pole, was leading on the 33rd of 56 scheduled laps when the race was stopped after a thunderstorm broke at the Sepang International Circuit.

With the torrential rain refusing to relent and darkness descending on the track due to the late starting time, organisers eventually decided not to restart the race, awarding half-points to the top eight finishers.

Nick Heidfeld benefited from a decision to run a heavy fuel load as he finished second for BMW Sauber while Timo Glock was third after a strong run in intermediates during a period before the heavens fully opened.

Jarno Trulli was fourth in the second Toyota, with Brawn GP's Rubens Barrichello fifth and Mark Webber sixth for Red Bull.

World champion Lewis Hamilton was seventh for McLaren with Nico Rosberg eighth for Williams.
It was the first race to be red-flagged for rain since the 1991 Australian Grand Prix in Adelaide